web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Akademik Harus Gigih Urus Kekacauan, Perubahan Bersama Kerajaan - PM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 8:30AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ahli- ahli akademik di negara ini agar gigih menguruskan segala kekacauan dan perubahan yang sedang dan akan berlaku bersama-sama dengan kerajaan serta pemimpin.

Beliau berkata kerajaan dan ahli akademik mesti bersama-sama mencari ikhtiar paling baik dan berkesan untuk menghasilkan dapatan ilmu yang berupaya meraikan daya usaha serta daya cipta rakyat tempatan ke arah kemajuan sosial dan budaya yang lestari.

"Apatah lagi dengan segala kelebihan teknologi dan kerancakan gelombang digital. Saya percaya, semua itu membawa kelebihan dan potensi yang boleh diadun untuk memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara," katanya dalam ucapan pada Anugerah Akademik Negara ke-15 di sini, malam tadi.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Anwar berkata era sekarang yang sarat dengan cabaran dan kekacauan bukan sahaja menjadikan agenda kemajuan sering bergelut dengan nilai serta moral yang baik, malah pegangan terhadap ilmu dan kesarjanaan turut terhakis secara radikal.

Perdana Menteri menjelaskan ketaasuban dan pemikiran sempit, ideologi yang berpaksikan pada kemewahan material dan prinsip yang tidak konsisten juga terus merumitkan keadaan.

"Itu belum lagi kita melihat semua ini dalam lensa global yang menyaksikan pelbagai pertembungan. Pertembungan blok perdagangan, krisis alam sekitar peperangan dan konflik yang berpanjangan.

Kesemua ini memberi tempias yang besar kepada negara dan mesti kita uruskan dengan cara yang bukan sahaja berkesan dan strategik, tetapi pantas dan praktikal," katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata segala kekacauan dan kerancuan itu menuntut ahli akademik untuk menebalkan rasa tanggungjawab kepada agenda pembinaan bangsa serta aspirasi nasional.

Selain itu, beliau turut berharap ahli-ahli akademik tempatan akan memainkan peranan menjadi peneraju akal dan pemikiran bangsa khususnya dalam menggerakkan Gagasan Malaysia MADANI  sebagai satu etos nasional yang menyeru kepada kebaikan.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya akan terus memberi dorongan kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka dan mewujudkan bidang pengajian baharu termasuk bidang ekonomi, kesejahteraan dan kelestarian.

"Pengembangan dan pelebaran ufuk ilmu mesti menjadi agenda nasional yang kalis politik dan kepentingan diri.

“Malah, membangunkan suatu ekosistem pendidikan tinggi yang bertaraf global harus menjadi usaha berterusan. Kita mahu meletakkan Malaysia sebagai negara yang mengangkat dan menghormati ilmu," katanya.

Menyentuh mengenal Anugerah Akademik Negara, Anwar berkata la perlu dilihat sebagai perkara besar dalam meneruskan tradisi yang dimulakan kerajaan untuk meraikan kesarjanaan ahli akademik tempatan.

Katanya masyarakat sentiasa memerlukan Ikon kesarjanaan dan suri teladan yang berketerampilan, berintegriti lagi berwibawa. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar