web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Untuk Pelajar Miskin Dibuka Tahun Depan - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 2:04PM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha sedaya upaya memastikan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan miskin dapat dibuka dan beroperasi pada tahun depan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kemudahan memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak miskin di negara ini sememangnya sentiasa dalam perancangan kementeriannya. 

“Kita akan maklumkan sedikit masa lagi, untuk kita pastikan sekolah (khas) ini telah benar-benar siap untuk ia beroperasi khusus untuk anak-anak miskin kita, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata operasi sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas dalam usaha memastikan pelaksanaan ia benar-benar berjaya bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak golongan miskin.

Sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas - gambar hiasan
Sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas - gambar hiasan

Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat 17 SDH yang sedang beroperasi di 11 negeri termasuk di HSB, Kedah serta Hospital Tuanku Fauziah (Perlis) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Program SDH kini antara yang sedang diberikan penekanan oleh KPM.

“...kita akan kembangkan lagi (Program SDH), sebab itu saya sudah maklumkan kepada Datuk (Ketua) Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan saya dengan Menteri Kesihatan, untuk kita terus teroka hospital-hospital lain, sebab isunya ialah ruang, kita pun tak nak ganggu perjalanan hospital.

“Ruang (Program SDH) ini sangat penting khususnya apabila kita bercakap tentang akses pendidikan kepada anak-anak kita, dan tidak terkecuali di hospital,” katanya yang turut memberitahu pembelajaran melalui Program SDH itu fleksibel dalam persekitaran kondusif.

Fadhlina berkata guru-guru dari KPM yang bertugas untuk sesi pembelajaran bagi program SDH itu adalah terlatih dalam hal mengendalikan pelajar yang sedang menjalani rawatan di hospital. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad