web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelbagai Peringatan Cara Kendalikan Wang Sudah Diberi - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:57PM

Fadhlina Sidek - Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekolah yang wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000  hilang dilarikan penjenayah awal tahun ini, didakwa tidak mengendahkan beberapa peringatan supaya mematuhi prosedur berkaitan pengendalian wang dalam jumlah besar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya telah menulis surat memberi penjelasan dan penerangan mengenai pengurusan dana BAP kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah pada 29 Disember tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, beliau memberitahu salinan pekeliling kewangan mengenai bantuan awal persekolahan turut dilampirkan bersama surat berkenaan.

Pekeliling itu turut menyatakan bahawa guru besar atau pengetua sekolah yang membuat pengeluaran dana sehingga RM10,000 perlu diiringi dua guru lain, manakala dana melebihi RM10,000 perlu diiringi polis.

Ini selaras dengan arahan Perbendaharaan mengenai tanggungjawab pengendalian tunai, katanya.

Tambah beliau, sesi taklimat berasingan mengenai pelaksanaan BAP bagi 2023 telah diadakan pada 11 Januari lalu.

“Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memberi taklimat secara berterusan bagi memastikan guru besar dan pengetua mematuhi prosedur pengurusan wang tunai di sekolah,” katanya.

Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab soalan Jamaludin Yahya (Pasir Salak-PN) mengenai apakah langkah diambil oleh kementerian berhubung kes kecurian baru-baru ini, dan sama ada pihaknya sedang mempertimbangkan untuk meminda prosedur sedia ada bagi memastikan kes sama tidak berulang.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, KPM kini sedang mengkaji cadangan untuk mengkreditkan dana BAP terus ke dalam akaun pelajar.

“Cadangan ini bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang.

“Bagaimanapun, cadangan ini mesti mengambil kira kesediaan bank dan kesukaran yang mungkin dihadapi sesetengah pelajar di kawasan luar bandar, di mana mereka perlu membelanjakan banyak wang untuk menjalankan transaksi bank,” katanya.

Sementara itu, Fadhlina berkata, Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan untuk membayar balik dana yang hilang, dan wang itu sudah dipindahkan ke akaun bank sekolah terbabit pada 3 Februari, yang dapat dimanfaatkan seramai 729 pelajar di sekolah itu.

Pada Januari lalu, media melaporkan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Semenyih telah mengeluarkan wang RM109,000 dari sebuah bank di situ dan meletakkannya di dalam beg di tempat duduk penumpang bahagian hadapan keretanya semasa dia pergi ke kedai berhampiran untuk membeli minum.

Sebaik sahaja kembali ke keretanya, dia mendapati cermin depan bahagian penumpang belakang keretanya pecah dan beg berisi wang tunai hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, guru besar berusia 50 tahun itu memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan persekolah tanpa pengiring daripada pihak polis.

Fadhlina kemudian mengesahkan guru besar terbabit telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran wang tunai untuk kegunaan rasmi dengan tidak membawa polis pengiring atau guru lain bersamanya.

Polis berkata mereka sedang melakukan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut ketika itu dan tidak menolak kemungkinan pembabitan ‘orang dalam’. - The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar