web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takwim Sekolah: ‘Kita Sedang Menuju Ke Januari, Beri KPM Sedikit Masa’ - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 11:44AM

Fadhlina berucap di Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta semua pihak supaya ‘bertenang’ berhubung isu mengenai takwim persekolahan, khususnya gesaan supaya sesi persekolahan kembali ke Januari.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa usaha sedang dilakukan bagi mengembalikan sesi persekolahan ke bulan berkenaan.

“Saya nak tegaskan sekali lagi kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan daripada KPM.

“Namun kita perlukan sedikit masa kerana pertama, kita perlu patuhi akta pendidikan bahawa anak-anak ini mesti bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, perkara kedua adalah KPM perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar supaya tidak mengganggu kitaran pelajar dan mengenal pasti beberapa faktor ekonomi lain.

“Insyaallah kita akan kembali ke Januari, kita faham sentimen ibu bapa dan semangat ibu bapa yang mahukan sekolah mula Januari.

“Bagi kita ruang sikit untuk pastikan perjalanan kita menuju kembali kepada Januari akan mudahkan semua pihak,” katanya.

Fadhlina beramah mesra dengan pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar
Fadhlina beramah mesra dengan pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Mengulas isu berasingan, Fadhlina berkata, KPM bersedia menerima cadangan supaya sukatan pengajaran dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas, Sindrom Down dirombak supaya ia bersesuaian dengan tuntutan pekerjaan golongan itu pada masa depan.

Katanya, KPM sentiasa menjalankan libat urus dari semasa ke semasa bagi memantapkan sukatan berkenaan.

Justeru, beliau meminta semua pihak tidak bimbang berhubung perkara itu, memandangkan KPM juga akan meneliti dan mendapatkan input menyeluruh daripada semua pemegang saham, menerusi sesi terbabit.

“Saya ingatkan kita sambut baik pandangan itu dan pada masa sama kita buat sesi libat urus untuk pastikan pertama, ia setara dengan keperluan semasa.

“Kedua ambil kira kitaran ansur maju kanak-kanak ini dan maknanya soal mengubah kurikulum atau meminda kurikulum ini, ia ada kepakarannya di KPM,” katanya.

Ini adalah tahun kedua sesi persekolahan diadakan pada Mac, selepas ditetapkan pada Januari sejak tahun 1996.

Perubahan itu dilaksanakan susulan kajian dibuat KPM pada 2021 berhubung kesesuaian untuk menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari kepada Mac, dengan menjadikan 2022 sebagai panduan.

Kajian itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kelebihan dan maklum balas positif diterima daripada pemegang taruh, termasuk dapat mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada November serta Disember yang bertembung dengan musim tengkujuh.

Permulaan sesi persekolahan pada Mac dikatakan mempunyai banyak kelebihan, justeru ia tindakan yang baik untuk KPM melanjutkan sesi persekolahan 2021 sehingga awal tahun depan, sebelum kemasukan baharu ditetapkan pada Mac 2022.

KPM kemudian mengumumkan sesi persekolahan untuk 2021 dilanjut sehingga Februari 2022, manakala sesi persekolahan bagi 2023 akan bermula Mac.

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 untuk sekolah di negeri Kumpulan A, iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 ditetapkan kepada sekolah Kumpulan B, iaitu di negeri lain. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran