web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Lancar DPTN 2.0 Hari Ini

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Penasihat program berkenaan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata acara itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bagi menyemarakkan kembali DPTN, akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pelancaran pelan tindakan DPTN 2.0 ini bererti kita menggerakkan semula pelan tindakan yang patut disemarakkan menerusi badan yang diberikan hak menguruskan DPTN,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Pada 30 Januari lepas, Ahmad Zahid berkata DPTN 2.0 akan dilancar pada 11 Mac dan menerusi dasar itu, kerajaan mahu memastikan golongan huffaz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sebaliknya kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional untuk mereka.

Khairuddin berkata pelancaran itu penting untuk memberi gambaran bahawa huffaz dan pendidikan negara tidak boleh dipisahkan.

“Selepas dilancarkan pada 2016, ia wujud dan bergerak tetapi sudah sampai masa untuk kita semarakkan kembali apa yang telah digerakkan dahulu untuk kita kembangkan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata seramai 23,000 huffaz dari seluruh negara akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan esok bermula pada waktu Zohor dan menyempurnakan khatam al-Quran sebanyak 1,000 kali sebelum pelancaran DPTN 2.0.

Majlis Himpunan 23K Huffaz yang memasuki edisi keempat itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Turut diadakan Ekspo Huffaz 2023 di lokasi sama bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan mendekati Institusi Tahfiz al-Quran sebagai asas kepada pendidikan Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad