web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilihan Guru! Boleh Rekod PBD Secara Manual Atau Guna SPPB

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 11:18AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru kini diberi hak memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian (manual) atau hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM amat prihatin akan isu yang dihadapi guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid bagi sesi akademik 2022/2023 dalam SPPB.

“KPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB secara hibrid,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, KPM menegaskan pihaknya komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan golongan itu terpelihara.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, SPPB ditutup sepanjang hujung minggu lalu untuk proses penambahbaikan.

Katanya, KPM mengambil beberapa langkah termasuk menggerakkan pasukan pegawai di peringkat daerah dan negeri untuk ke sekolah bagi membantu guru mengemas kini data dan melengkapkan proses kerja berkaitan.

“Saya telah menerima banyak aduan dan keluhan berkaitan SPPB yang tidak dapat berfungsi seperti mana para guru harapkan.

“Bagi pihak KPM, saya amat kesal dan memohon maaf atas segala kesulitan dan tekanan yang terpaksa dilalui oleh para guru,” katanya.

SPPB ialah satu sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM sama ada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan.

Meskipun kenyataan itu sudah dibuat Fadhlina, rata-rata golongan pendidik tetap tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan yang didakwa menyusahkan guru.

Malah sebelum ini, warga pendidik merayu KPM untuk menangguhkan penggunaan Sistem Pengurusan Identiti (iDME) yang dikatakan belum sesuai untuk kegunaan guru mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Mereka bimbang tidak mampu menyiapkan tugasan mengisi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan PBD melalui iDME sebelum bermulanya cuti akhir persekolahan sesi 2022/2023, hujung minggu ini. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad