web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Sekolah Rendah Diharap Wujudkan PPKI - Timbalan Menteri

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 8:35PM

Lim Hui Ying - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berharap Program Pendidikan Khas Intergasi (PPKI) dapat diwujudkan di semua sekolah rendah bagi memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya.

Menyifatkan isu pendidikan kepada golongan kanak-kanak itu sebagai dekat di hatinya, beliau berkata akses kepada pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum, agama dan keupayaan.

"Saya berharap kita dapat adakan lebih banyak kelas sebegitu (PPKI) mengikut daerah kerana semua tempat ada kanak-kanak khas… program ini harus dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas melawat dua sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 3 yang mempunyai kelas PPKI, dekat sini hari ini.

Lim turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada sekolah tersebut untuk penyelenggaraan dan baik pulih.

Beliau turut melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Ying di Batu Sapi dekat sini yang memohon sokongan Kementerian Pendidikan untuk berpindah ke lokasi baharu atas faktor kekurangan murid.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Pei Ying, Lo Pao San berkata tapak baharu seluas 1.2 hektar di Taman Nasalim, kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar, telah berjaya diperoleh dengan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu melibatkan dana RM5 juta daripada pihaknya.

"Sekolah baharu nanti akan mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat yang akan menempatkan 10 bilik darjah untuk taman didikan kanak-kanak (tadika) dan sebuah blok bangunan tiga tingkat dengan 30 bilik darjah untuk sekolah rendah," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad