Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Galak Sambung Belajar, YEG Tawar 1,000 Pelajar Jalani Praktikal Di Dubai, Qatar

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 6:46PM

YEG menyasarkan seramai 1,000 pelajar dalam bidang Diploma Pengurusan Hotel untuk menjalani latihan industri di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar pada tahun ini. - Gambar ihsan YEG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – YEG Academy (YEG) menyasarkan seramai 1,000 pelajar dalam bidang Diploma Pengurusan Hotel untuk menjalani latihan industri (praktikal) di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar pada tahun ini. 

Pengarah Urusannya, Hasan Ithnin berkata, sasaran itu berikutan kebimbangan YEG melihat peningkatan sebanyak 72 peratus dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian pada tahun lalu.

“Kita mahu mengelakkan masalah graduan menganggur berterusan dan demi memastikan remaja berminat untuk menyambung pelajaran, YEG menyediakan platform praktikal di Dubai dan Qatar selama 18 bulan.

“Menariknya, pelajar yang menjalani praktikal di sana akan dibayar gaji penuh, selain diberikan penginapan, makanan, visa dan tiket penerbagan secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini, baru-baru ini.

Hasan (tengah) memberi penerangan kepada media mengenai program dilaksanakan pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini, baru-baru ini. - Gambar ihsan YEG
Hasan (tengah) memberi penerangan kepada media mengenai program dilaksanakan pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini, baru-baru ini. - Gambar ihsan YEG

Turut hadir, Pengarah YEG, Azizulhakim Suhaimi serta Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Pencetus Ummah (PU) Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau PU Amin dan Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz).

Hasan berkata, program seumpama itu adalah yang pertama di Malaysia dan pihaknya percaya pengalaman menjalani latihan industri di luar negara, memberi kelebihan kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan sekembalinya mereka ke tanah air.

“Program ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar apabila memiliki pengalaman kerja di hotel terkemuka di Dubai dan Qatar.

“Belajar sambil bekerja (Work Base Learning) adalah lebih baik kerana pelajar didedahkan keadaaan semasa industri, malah mereka dengan mudah ditawarkan pekerjaan,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua program di bawah YEG disesuaikan dengan pasaran pekerjaan, malah sijil dan diploma keluaran pihak akademinya mengikut piawaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain Diploma Perhotelan, YEG menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023 turut menawarkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan dan terbaharu, Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia.

Menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, YEG menyasar melahirkan seramai 1,000 tenaga muda berkemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran industri haji dan umrah di Malaysia.

PU Amin (dua dari kanan) menjawab persoalan media pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini, baru-baru ini. - Gambar ihsan YEG
PU Amin (dua dari kanan) menjawab persoalan media pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini, baru-baru ini. - Gambar ihsan YEG

Pada masa sama, Hasan berkata, sasaran YEG sebagai kolej pertama di Malaysia yang menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di Makkah dan Madinah melalui Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, adalah untuk melahirkan graduan dalam pengurusan haji dan umrah, termasuk mutawif serta mutawifah.

“Peranan tenaga muda dan mahir itu melibatkan aspek pengurusan seperti menguruskan operasi di lapangan terbang, maktab penginapan dan sebagainya, selain mutawif dan mutawifah,” jelasnya.

Katanya, golongan tenaga mahir itu akan dilahirkan menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di mana tempoh pengajian ialah dua tahun enam bulan.

“Mereka akan diajar mengenai pengurusan industri haji dan umrah, selain akan menjalani latihan praktikal di Madinah.

“Jadi, ia bukan sekadar mempelajari aspek teori sahaja, tetapi diberi pendedahan untuk mempelajari pengalaman selama tiga hingga empat bulan untuk merasai pengalaman sebagai pemain industri di Madinah,” jelasnya. – Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029