web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Pergaduhan, Buli Pelajar Sekolah Di Kota Kinabalu

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00AM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan pergaduhan di antara pelajar sekolah yang berlaku di Kota Kinabalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Beberapa pelajar yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini, kini terpaksa berdepan siasatan kes itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai pergaduhan di dalam sebuah sekolah menengah dipercayai akibat buli itu.

“Dua kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera.

“Kesalahan ini membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku atau jenayah membabitkan pelajar dalam kes yang boleh mendatangkan kecederaan.

Rakaman klip video berdurasi 24 saat pergaduhan itu tular di media sosial sejak semalam, sehingga mencetuskan kemarahan pengguna platform terbabit yang menuntut pihak berkuasa supaya campur tangan.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah terkenal yang terletak di Tanjung Aru di daerah berkenaan.

Mengulas perkara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kes terbabit akan dikendalikan Jabatan Pendidikan Sabah dan pihak sekolah.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana video itu diketahui umum, sambil menambah bahawa guru dan pihak berkuasa sepatutnya mengelak daripada video berkenaan disiar atau diedarkan.

Katanya, video itu akan memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak terbabit.

Malah, tegasnya, hak perlindungan identiti kanak-kanak itu dicabul kerana wajah mereka jelas kelihatan. - The Vibes, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek