web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Penggal Ketiga Terengganu Berjalan Lancar

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 1:03PM

Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa berjalan seperti biasa hari ini selepas sekolah itu dilanda banjir pada 19 Disember lepas semasa tinjauan hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sesi persekolahan penggal ketiga di Terengganu yang bermula hari ini berjalan lancar termasuk di 74 buah sekolah yang sebelum ini terkesan dengan kejadian banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata tiada sekolah ditutup akibat banjir termasuk di daerah yang terjejas teruk iaitu Besut dan Kemaman.

Beliau berkata semua kerja pembersihan telah dijalankan dengan cepat dan baik hasil kerjasama pihak sekolah, masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya sekolah yang terjejas banjir ialah 17 buah di Hulu Terengganu, Dungun (11), Setiu (10), Besut (sembilan), Kuala Nerus (lapan), Kuala Terengganu (lapan); Kemaman (tujuh) dan Marang (empat).

"Jumlah murid yang terjejas pula seramai 5,386 orang, namun menurut maklumat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), semua pelajar dapat kembali ke sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti biasa," katanya selepas melakukan tinjauan di Sekolah (SK) Pulau Rusa di sini, yang juga terjejas banjir baru-baru ini.

Menurut Abdul Muie walaupun terdapat banyak peralatan seperti kerusi meja yang rosak akibat banjir, masalah itu dapat diatasi berdasarkan pengalaman JPNT menguruskan bencana berkenaan sebelum ini.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya masih menilai, dan belum dapat menentukan jumlah kerugian akibat banjir besar kali ini.

"Bagi kerusi meja yang rosak di sekolah terjejas banjir, kita ambil stok lebih dari sekolah lain untuk mereka guna. Apa yang penting pelajar dapat memulakan sesi persekolahan sama seperti pelajar lain.

"Jika tidak ada uniform sekolah, pelajar boleh pakai pakaian biasa yang sopan untuk sementara," katanya yang akan memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan gantian kerusi dan meja yang rosak.

Pada 18 Disember lepas, Terengganu dilanda banjir yang disifatkan sebagai lebih besar daripada biasa yang mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terjejas dan terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di kesemua lapan daerah di negeri ini. - Bernama     

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad