web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UPSI Sedia Kongsi Kepakaran, Bantu Realisasi Hala Tuju Muar Perkasa 2030

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:04AM

Md Amin (kanan) menyampaikan cenderahati Sambutan 100 Tahun kepada Mustaffa Kamal di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. - Gambar ihsan UPSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Dikenali sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sering menjalin kolaborasi bersama pihak luar demi menggalakkan aspek pendidikan dan kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini membantu merealisasikan aspirasi Muar Perkasa 2030, menerusi usaha menggembeling segala kepakaran dimilikinya.  

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, usaha itu susulan Muar adalah daerah berpotensi untuk terus dikormesialkan dan memiliki banyak nilai sejarah menarik.

“Kekuatan dan keistimewaan dimiliki Muar dari aspek sejarah, kepimpinan serta gastrotourism itu akan diperkukuhkan dengan idea baharu dari UPSI dalam memacu hala tuju kekecemerlangan daerah ini,” katanya.

Md Amin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Retreat Muar Perkasa 2030 sempena kunjungan Delegasi Majlis Daerah Muar di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Muar, Jamil Hasni Abdullah dan Pentadbir Tanah Daerah Muar, Muhamad Helmi Ya’kub.

Pada majlis dihadiri seramai 70 wakil agensi kerajaan Muar itu, Md Amin memaklumkan, UPSI kini sedang menyambut ulang tahun ke-100 sejak zaman nama lama universiti itu, Sultan Idris Training College (SITC) yang memiliki sejarah panjang dalam melahirkan ramai tokoh pendidikan, negarawan dan persuratan.

Md Amin berkata, bagi usaha menggalakkan aspirasi Muar Perkasa 2030, UPSI juga berhasrat mengupayakan kelompok belia dan warga emas penghayatan, mengupayakan ekosistem Living Lab serta Revolusi Industri 4.0 dan Society 5.0.

Md Amin (duduk tiga dari kiri) dan Mustaffa Kamal (duduk tiga dari kanan) bersama ahli delegasi dan kakitangan pengurusan UPSI  sempena program Retreat Muar Perkasa 2040 di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.
Md Amin (duduk tiga dari kiri) dan Mustaffa Kamal (duduk tiga dari kanan) bersama ahli delegasi dan kakitangan pengurusan UPSI sempena program Retreat Muar Perkasa 2040 di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Beliau turut menyarankan mengenai penekanan terhadap aspek membina jati diri masyarakat Muar.

Masyarakat juga, katanya, disaran memanfaatkan sejarah dan legasi, penciptaan peluang pekerjaan, pembangunan, ekonomi serta keinsanan, sekali gus dapat mengarus perdanakan Bandar Maharani Bandar Diraja.

“Antara UPSI dan Muar terdapat beberapa persamaan dari aspek legasi sejarah, bumi nasionalis, gastrotourism serta hasrat untuk terus maju dalam konteks hala tuju Muar Cemerlang 2030.

“Muar dikenali dengan makanan seperti mi bandung, mi siput, sirap bandung dan sate yang menjadi tarikan kepada masyarakat luar,” katanya.

Pegawai Daerah Muar, Datuk Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, usaha itu bertujuan memantapkan sistem pentadbiran agensi kerajaan yang dapat membantu memperkasakan hala tuju Muar Perkasa 2030.

“Kunjungan delegasi Muar bertujuan berkongsi aspirasi kecemerlangan sebagai penanda aras untuk memperkukuh hubungan antara agensi.  

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan UPSI yang sudi berkongsi idea menarik dan membantu usaha merealisasikan aspirasi Muar Perkasa 2030,” katanya. – Getaran, 24 September 2020

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar