web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MACEE, KPT Capai Kejayaan Dengan Penghantaran Penerima Geran Ke-1,000 Ke AS

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 11:25AM

Dr Noraini Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat (MACEE) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mencapai kejayaan bersejarah dengan menghantar penerima geran Malaysia ke-1,000 ke Amerika Syarikat (AS) di bawah Program Fulbright pada 17 September lepas.

Program Fulbright memupuk perkongsian akademik antara pelajar dan sarjana di AS dan Malaysia, dan peserta dihoskan oleh rakan kongsi program yang terdiri daripada universiti awam dan swasta serta organisasi bukan akademik di seluruh Amerika.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Malaysia komited ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala dengan AS menerusi MACEE dan Program Fulbright untuk memperoleh pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mengejar matlamat untuk menjadi hab antarabangsa bagi pendidikan tinggi berkualiti.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dalam bidang pendidikan tinggi dicerminkan oleh pencapaian baharu ini yang menjadi bukti kerjasama yang berjaya menerusi penganugerahan geran, kerjasama penyelidikan, pertukaran dan lawatan oleh ahli akademik dan pelajar dari kedua-dua negara,” kata Noraini yang juga Pengerusi Bersama MACEE Kehormat dalam kenyataan dikeluarkan MACEE.

Brian McFeeters - Gambar fail
Brian McFeeters - Gambar fail

Sementara itu, Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters berkata Program Fulbright telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan setiap rakyat AS-Malaysia melalui pertukaran pendidikan selama lebih 50 tahun.

“Kami berharap dapat meraikan lebih banyak pencapaian dan meningkatkan persefahaman antara rakyat Malaysia dengan Amerika melalui pendidikan tinggi,” katanya.

Peserta Fulbright 2022 memulakan perjalanan mereka ke AS seawal Januari bagi mengikuti pelbagai program di institusi akademik dan pusat penyelidikan AS terkemuka untuk pelbagai subjek daripada pertanian kepada pemerkasaan ekonomi wanita.

Kumpulan baharu itu akan menjadi sebahagian daripada Alumni Fulbright Malaysia dan Rangkaian Fulbright Global sedia ada dengan lebih 400,000 orang dari 160 negara yang mengambil bahagian termasuk ketua negara atau kerajaan, pemenang Hadiah Nobel dan Hadiah Pulitzer.

MACEE mentadbir lapan Program Fulbright yang ditaja bersama dan menguruskan pertukaran 1,000 rakyat Malaysia ke AS dan kira-kira 2,000 rakyat Amerika di bawah program itu sejak menandatangani perjanjian binasional antara dua negara pada 1963.

Rakyat Malaysia yang ingin mendaftar di bawah biasiswa Fulbright boleh melayari laman web MACEE www.macee.org.my atau hubungi [email protected] - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 33 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar