web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Perantara ‘Suara’ KPM, Rakyat Demi Perkasa Pendidikan Negara

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 7:00AM

Radzi memberi penjelasan mengenai aspirasi, hala tuju dan transformasi pendidikan dilaksanakan KPM pada sesi libat urus beliau bersama wakil media di Putrajaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peranan media sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat dan aspirasi rakyat kepada Kementerian Pendidikan (KPM) amat diperlukan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, peranan itu diperlukan khususnya dalam era maklumat tanpa sempadan.

Katanya, fungsi media sebagai penyampai maklumat sahih dan jelas juga amat penting, agar perkara berkaitan kementerian itu dapat disalurkan secara tuntas kepada rakyat.

“Untuk itu, pagi tadi (semalam) saya mengadakan sesi libat urus bersama ketua pengarang dan editor kanan daripada pelbagai agensi media bagi berkongsi aspirasi, hala tuju serta transformasi pendidikan dilaksanakan KPM dalam melonjakkan sektor pendidikan ke tahap lebih tinggi.  

“Turut diperjelaskan termasuklah perkara berkaitan peruntukan bagi infrastruktur sekolah, peranan dan tanggungjawab guru, pertukaran serta penempatan guru, pembinaan sekolah baharu serta pemansuhan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga),” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Radzi berkata, pada sesi terbabit, wakil media diberi ruang seluasnya untuk bertanya pelbagai perkara.

Menurutnya, beliau juga menjelaskan secara terperinci setiap persoalan dibangkitkan.

Beliau berkata, input diperoleh daripada pihak media juga membolehkan kementerian melaksanakan tambah baik sektor pendidikan negara.

“Pastinya saranan dan pandangan melalui penulisan serta pelaporan berita dapat membantu kami di KPM melakukan penambahbaikan, demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya. - Getaran, 6 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad