Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


KPT Setuju Laksana 7 Inisiatif Bantu Mahasiswa - Noraini

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2022 2:46PM

Noraini Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia bersetuju melaksanakan tujuh inisiatif demi membantu meringankan beban mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).  

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa itu bersetuju agar pengecualian bayaran sewaan enam bulan diberikan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di kampus universiti.

Menurut beliau, pengecualian tersebut diberikan agar tanggungan kos boleh diserap bagi penurunan harga makanan dijual kepada mahasiswa.  

“Inisiatif Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia bernilai RM3.50 hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.  

“Bagi memantau kenaikan harga dan kos barangan serta perkhidmatan membabitkan sara hidup siswa di IPT, Pasukan Pemantau KPT untuk Kos Sara Hidup Siswa (KPT Pantau) akan melaksanakan pemantauan berterusan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kelmarin, dihadiri Pengurusan Tertinggi KPT, Naib Canselor dan wakil universiti awam (UA), Pengerusi dan wakil Persatuan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) serta Presiden dan wakil Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK).  

Dalam pada itu, Noraini menegaskan, jawatankuasa terbabit bersetuju melaksanakan pemerkasaan Inisiatif Food Bank Siswa menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

“Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon, iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Sebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah,” katanya.

Pada masa sama, Noraini menegaskan kadar Upah Program Job on Campus (JoC) di peringkat IPT akan diteliti semula agar selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022 ditetapkan kerajaan.  

Lantaran itu, beliau berkata, IPT disaran meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut.

“Pembangunan pelan tindakan sara hidup siswa yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasakan kebajikan siswa.

“Selain daripada aspek kos makanan, pelan turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas.

“Ini termasuk aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran, seperti pelan data dan peranti, penginapan, pengangkutan serta yuran,” katanya.

Bagi pemberian rebat atau pengecualian cukai, Noraini berkata, KPT akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kewangan bagi melihat kebolehlaksanaan pemberian inisiatif tersebut kepada penyumbang.  

Jelasnya, ia akan diteliti dalam pelbagai bentuk tajaan, termasuk bantuan tunai, barangan atau perkhidmatan berkaitan keperluan siswa demi menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan perseorangan.

“Jawatankuasa tersebut bersetuju untuk menambah pergerakan pengangkutan lebih kerap di dalam dan luar kampus.  

“Menjadi harapan saya agar semua inisiatif berpaksikan hasrat memperkasakan kebajikan mahasiswa di IPT ini akan mendapat sokongan dan kerjasama penuh semua pihak termasuk warga IPT, pelajar serta agensi luar.  

“Sokongan terbabit diperlukan semua pihak terbabit bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

Semasa 1 hari yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Sukan 14 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Semasa 15 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran