web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan 'Straight A' Motivasi Sistem Pendidikan Negara - Pakar

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 6:08PM

Pakar pendidikan berpendapat sistem pendidikan perlu berfikir dan bercakap mengenai kualiti pendidikan, berbanding meletakkan sasaran semua A dalam keputusan peperiksaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan jumlah pelajar 'straight A' dalam peperiksaan kebangsaan sebagai sasaran atau motivasi kerajaan dalam sistem pendidikan negara. 

Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, seharusnya sistem pendidikan perlu berfikir dan bercakap mengenai kualiti pendidikan, berbanding meletakkan sasaran semua A dalam keputusan peperiksaan.

Beliau dengan sinis mempersoalkan kapasiti otak teraju pendidikan, jika hanya mampu meletakkan sasaran untuk meramaikan bilangan pelajar yang memperoleh semua A.

“Bukan urusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan (KPM). Tak perlu umum di televisyen berapa ramai murid dapat semua A, cukup sekadar melalui pekeliling rasmi tentang tarikh dan masa keputusan SPM sahaja.

”Cukuplah mendapat A sekadar menjadi impian individu. Impian ibu bapa dan impian para guru. Tetapi yang nyata itu bukanlah impian sebuah sistem pendidikan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan UKM itu berkata, seharusnya impian sistem pendidikan negara adalah menghasilkan sebuah sistem yang berkualiti.

Annuar memberi amaran, KPM perlu berhati-hati dengan inflasi gred, yang menyaksikan peningkatan dalam gred purata diberikan kepada pelajar terutamanya gred lebih tinggi daripada diberikan sebelum ini untuk tahap pencapaian tertentu.

“Kalau ramai dapat semua A pun, apa pula selepas itu. Ramai murid yang dapat banyak A ketika SPM tapi apabila sampai ke universiti, pelajar cemerlang macam ‘sesat’ sebab masih ramai yang tidak dapat menguasai konsep dan perkara asas.

"Masih ada dalam kalangan mereka kurang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris, tidak kurang juga yang kurang yakin dalam kemahiran komunikasi. Ada juga pengetahuan am tidak memuaskan. 

"Tanyalah pensyarah yang mengajar matrikulasi, asasi atau mahasiswa tahun satu di universiti , betul atau tidak situasi ini,” katanya. 

Jelas Anuar, isu inflasi gred ini turut menjadi kebimbangan masyarakat di United Kingdom sekitar 2015, sehingga kerajaan negara itu diminta untuk mengawal isu terbabit, agar nilai A diterima tidak merosot.

”Samalah macam duit. Pegang duit berkepok-kepok tapi apa faedahnya kalau nilainya rendah disebabkan inflasi. 

"Gred A dalam peperiksaan kebangsaan bukan segala-galanya tetapi kualiti pendidikan adalah matlamat utama sebuah sistem pendidikan negara," katanya. 

Sementara itu, mantan Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, KPM telah melakukan kesilapan besar dalam sistem pendidikan apabila menggunakan keputusan peperiksaan untuk meletakkan ranking prestasi kepada semua sekolah.

Menurut beliau, ia perlu dihentikan kerana amalan KPM itu mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah serta negatif kepada seluruh negara. 

"Serius mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah kepada seluruh negara. Persekolahan bukan soal peperiksaan. KPM mesti kekal fokus mendidik. Semua sekolah mesti berupaya mendidik dengan baik. 

"Semua murid adalah permata. Gilap setiap murid dengan didikan terbaik. Hargai semua murid yang dididik. Sebaiknya kita mesti lebih berbincang mengenai sekolah yang perlu dipertingkatkan kualiti pendidikan. Berubahlah KPM," katanya. - Getaran, 18 Jun 2022.





 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran