web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Membanggakan, UPSI Raih 16 Pingat Sempena ITEX 2022, 8 Emas

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:04AM

Dr Nurul ‘Ain (kanan) dan rakan penyelidiknya berjaya memenangi pingat emas pada ITEX 2022, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar pencapaian membanggakan apabila meraih masing-masing lapan pingat emas dan pingat perak sempena Pertandingan Inovasi International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022), baru-baru ini.

Pada acara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini itu, UPSI menghantar 16 penyertaan.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga atas kemenangan dicapai penyelidik universiti awam (UA) berkenaan dan menganggapnya sebagai hadiah sempena sambutan ulang tahun ke 100 tahun UPSI yang bermula ketika era Sultan Idris Training College (SITC) .

“Penyelidik UPSI memiliki daya kreativiti untuk berkarya dalam lapangan penyelidikan, khususnya bidang pendidikan yang bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.

Dr Suriani Abu Bakar
Dr Suriani Abu Bakar

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar berkata, lapan pingat emas itu diperoleh menerusi Profesor Madya Dr Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) yang membangunkan projek penyelidilan dinamakan ‘Mumtaz 8a’ Uji Pengetahuan Kafa Kamu (UPKK); Dr Shazlyn Milleana Shaharudin (Fakulti Sains dan Matematik - ‘Mabox Kit’ dan Profesor Madya Dr Lee Tien Tien (Fakulti Sains dan Matematik - AR-CSI Module For Matriculation College Physical Chemistry Course).

Lima penyelidik lain yang memenangi pingat emas adalah Dr Adibah Abu Bakar (Fakulti Sains dan Matematik - ‘Natfish:DNA-Based Identification Kit Of Native Fish Species’; Profesor Madya Dr Nurul ‘Ain Mohd Daud (Fakulti Pembangunan Manusia - ‘Well-Manage System (Internship Counselling Management System’); Dr Nurul Hasyimah Mat Rani (Fakulti Pembangunan Manusia - ‘Sistem Myscreen (Malaysian Psychometric Inventory For Care And Education), Nama Geran:The Development Of Psychological Well - Being Test For Selection And Recruitment Process Among Caregivers); Dr Syamsinar Abdul Jabar (Fakulti Pembangunan Manusia ‘Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KomiBM)’ serta Dr Mohd Ikhwan Hadi Yaacob yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Pelajar menerusi projek bertajuk ‘Comprehensive and Holistic Activities Mapping Protocol (CHAMP)’.

Katanya, lapan pingat perak disumbangkan Dr Azniah Ismail dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) dengan projek ‘Cerita Aidan:Siri Asuhan Pemikiran Komputasional’; Profesor Madya Dr Ashardi Abas (FSKIK - ‘UPSI Ai Contact Tracing (Uaict)’, Dr Hamidah Idris (Fakulti Sains dan Matematik - ‘Hello Microbes:COVID-19 Vs Soap Experimental Kit’) dan Dr Rozita Yahaya (FSM - ‘High Purity Facetted Nano Gamma Alumina (Nano Γ-Al2o3) From Waste Beverage Aluminium Cans:Next Generation Of Recycling Technology’.

Selain itu, Dr Zamzana Zamzamir (FSM - ‘Running Rangers Game’); Dr Fara Dayana Mohd Jufry (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan - ‘Aplikasi Digital Sebagai Kaedah Pembelajaran Repertoir Hikayat Seri Rama Dalam Kalangan Murid Sekolah Seni Malaysia’; Dr Siti Musliha Mat Rasid (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan – ‘Digital Squat Device (Dsquad)’ serta Dr Mohamad Amiruddin Ismail dari Fakulti Teknikal dan Vokasional ( FTV) dengan penyelidikan bertajuk ‘Kit Pembelajaran Internet of Things (Kit Iotronik)’.

Jelasnya, kejayaan itu diyakini memberi inspirasi kepada penyelidik lain untuk lebih kreatif dan inovatif membangunkan penyelidikan menarik. - Getaran, 8 Jun 2022

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar