web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kami Berhak Diutamakan, Calon Bukan Pendidikan Tidak Dijanji Kuota - Graduan Guru

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 11:12AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPIR - Hartal Ikhtisas Pendidikan dinaungi sekumpulan graduan guru meminta calon bukan pendidikan yang gagal dalam temuduga untuk dilantik sebagai Guru Secara Kontrak (COS) tidak terus menyalahkan mana-mana pihak, termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) kerana sememangnya tiada jaminan kuota dijanjikan untuk mereka.

Malah, katanya, KPM dan Menterinya, Datuk Radzi Jidin tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataaan berkaitan kuota khas untuk Guru COS 2021.

“Mutakhir ini, timbul desakan, gesaan juga tohmahan daripada calon bukan ikhtisas berkaitan lantikan COS yang tidak berjaya dalam temuduga dijalankan.

“Mereka dilihat tidak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa mereka tidak dipilih oleh SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) dan KPM untuk dilantik menjadi guru PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) Gred DG41 Secara Kontrak di bawah pengambilan Guru ‘One-Off’.

“Pihak Hartal Ikhtisas Pendidikan ingin menegaskan bahawa graduan ikhtisas sememangnya layak dan berhak dilantik menjadi PPP DG41 atas kriteria tertentu,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran.

Menurut Hartal Ikhtisas Pendidikan, kriteria itu adalah golongan berkenaan memiliki kelayakan akademik lebih tinggi berbanding calon bukan ikhtisas, khususnya dalam bidang pendidikan.

Katanya, mereka juga menguasai pedagogi teori dan amali secara holistik.

Pada masa sama, beliau berkata, isu kuota hanya gimik politik yang sengaja didendangkan, sedangkan ia sendiri tidak pernah wujud sama sekali.

“Dari awal lagi, Datuk Radzi Jidin menekankan, keutamaan pengambilan guru one-off adalah kepada calon ikhtisas pendidikan dan ia dibuka kepada calon kontrak COS bukan ikhtisas sekiranya ada kekosongan.

“Bukan WAJIB ada. Malah lebih 2,400 calon ISM (ijazah sarjana muda) dilantik SPP,” katanya.

Pada masa sama, Hartal Ikhtisas Pendidikan memaklumkan, graduan ikhtisas sudah bersiap siaga dengan pedagogi pendidikan, selain kebanyakan mereka mempunyai pengalaman ‘hands on’ mengajar di sekolah.

Jelasnya, sistem pendidikan arus perdana sudah sebati dalam jiwa mereka kerana ‘jiwa mereka jiwa pendidik’.

Apa pun, katanya, sebagai golongan yang mahu menjadi pendidik, mereka harus sentiasa ingat untuk menjaga tutur kata dan adab.

“Namun sebilangan calon COS yang gagal, bertindak menyelar, membuat tohmahan, malah menghina Menteri Kanan, termasuk melakukan ‘body shaming’ (menghina fizikal) di laman sosial dan aplikasi Telegram.

“Jelaslah bahawa KPM komited dengan dasarnya untuk mengutamakan graduan pendidikan selaras dengan nama kementerian ini sendiri, iaitu Kementerian Pendidikan,” katanya. - 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

2

Politik 2 tahun yang lalu

Ganggu PM Bentang Penggulungan, Radzi 'Koyak' Dihalau Speaker

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan 3 Pemimpin PN Tak Hadir Soal Jawab PM Tidak Berasas

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Sejak Bila Mantan Menteri Ada Kemudahan Kereta?’ - Radzi Soal Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad