web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ECE Dibangunkan Untuk Rangsang Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 3:00PM

Zaim Izkandar Zaini dan Dr Wan Mohd Azizi menandatangani MoU untuk bangunkan ECE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur - Baybees&Todds (BB&T) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS) untuk membangunkan pelbagai pengisian dan kandungan program latihan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECE).

Ketua Pegawai Eksekutif BB&T, Zaim Izkandar Zaini berkata, menerusi MoU ini, ia akan menyaksikan BB&T menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam komunikasi serta pembangunan kandungan untuk menyokong PICOMS dalam Program Diploma ECE.

Menurut Zaim Izkandar, menerusi kerjasama terbabit, ECE akan dilihat sebagai aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting dan seterusnya membuka jalan ke arah mewujudkan keusahawanan berdasarkan ECE serta mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan ini.

“Kerjasama ini akan memberi peluang kepada kami berkongsi kepakaran dalam bidang komunikasi, pemasaran dan pembangunan kandungan dengan pensyarah PICOMS serta berkolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

"Diharapkan ECE akan dilihat sebagai aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting sekali gus membuka jalan ke arah mewujudkan keusahawanan berdasarkan ECE serta mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

MoU berkenaan ditandatangani Zaim Izkandar dan Naib Canselor PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.

Baybees&Todds adalah perniagaan homegrown yang menghasilkan produk dan perkhidmatan untuk bayi serta kanak-kanak kecil.

Manakala PICOMS menawarkan pelbagai kursus berkualiti dan didorong oleh industri dengan lebih daripada 15 program yang berbeza.

Semua program akademik diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan kebanyakannya memperoleh status akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Malaysia. - Getaran, 26 Mac 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad