Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemansuhan PT3: Kementerian Digesa Teliti, Atasi Kelemahan PBS

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 6:57PM

PT3 yang dilaksanakan sejak 2014, akan dimansuhkan mulai tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memantau pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), termasuk mengatasi beberapa kelemahan penilaian tersebut.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pemantauan itu penting supaya mutu penilaian PBS selaras dengan standard pendidikan antarabangsa dan tidak wujud sebarang unsur berat sebelah (biasness).

“Ini adalah untuk memastikan PBS itu betul-betul memenuhi standard dan piawaian diterima negara serta antarabangsa. Ia disebabkan adanya persoalan bahawa wujud ‘biasness’ dalam kalangan sekolah untuk meningkatkan gred masing-masing kerana itu memberikan imej tertentu kepada sekolah.

“Jika misalnya sekolah tersebut tidak mempunyai gred baik, maka sekolah itu tidak akan dapat prestij yang meningkat.

“Jadi timbul rasa was-was antara sekolah yang barangkali berlumba-lumba untuk menonjolkan gred terbaik mereka yang dengan cara tidak sedar atau tidak sengaja, mungkin ia menyebabkan ia dilakukan tanpa ada penilaian bebas atau sukatan yang terjamin oleh pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi disidang berkata, kementeriannya membuat keputusan memansuhkan PT3 mulai tahun ini.

Katanya, KPM akan memperkukuh PBS yang mengandungi tiga komponen, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Dilaksanakan bermula tahun 2014, PT3 tidak diadakan selama dua tahun, iaitu pada 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, walaupun terdapat penilaian berterusan dari pihak sekolah, pemantauan dan pemerhatian berhubung kualiti PBS perlu dititikberatkan supaya satu bentuk piawaian dapat ditentukan.

Sebagai contoh, katanya, terdapat majlis akreditasi tempatan di England yang membuat pemantauan peperiksaan setempat supaya kualitinya terjamin dan tiada ‘biasness’ terhadap peperiksaan.

“Selain itu, saya rasa sekiranya kita pastikan piawaian mengikut standar yang diterima, PBS ini juga boleh digunakan untuk penilaian masuk ke asrama penuh dan sebagainya supaya tidak terlalu banyak peperiksaan bagi pelajar.

“Sebab mengapa kita cadangkan kewujudan PBS adalah kita tidak mahu penekanan kepada peperiksaan di akhir tahun. Sebaliknya kita mahu penilaian dilakukan secara berterusan dan tidak menekankan kepada peperiksaan akhir tahun serta peperiksaan sekali sahaja,” katanya.

Beliau berkata, peperiksaan berkala mengikut sukatan yang sudah ditentukan turut dicadangkan supaya pelajar benar-benar seronok dan tidak tertekan apabila perlu menghadapi peperiksaan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau menambah, peratusan sektor selain PBD dalam PBS perlu dikaji semula pemarkahannya dalam usaha melahirkan pelajar seimbang.

“Misalnya, dari segi sektor kokurikulum wajar dipertingkatkan mungkin dari 10 markah dipertingkat kepada 15 markah supaya tidaklah pelajar nanti dilihat ulat buku sahaja, sebaliknya sebagai ‘all rounder’. Itu yang kita harapkan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, pihaknya menyokong keputusan pemansuhan PT3 dan menyifatkannya sebagai langkah sangat tepat bagi membolehkan generasi baharu negara, bersaing dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa.

Langkah itu tambahnya, bakal melahirkan generasi seimbang selaras kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Sebagaimana berlaku sebelum ini, sistem pentaksiran persekolahan berteraskan peperiksaan sedikit sebanyak menghalang kecapaian falsafah pendidikan ini.

“Majoriti murid, ibu bapa dan pendidik ‘diprogramkan’ untuk membangunkan secara spesifik domain intelek sahaja, manakala domain emosi, rohani dan sosial, intelek dikesampingkan kerana pencapaian pelajar secara bertulis semasa menjawab soalan menjadi fokus.

“Langkah ini juga membolehkan PBD terus diperkasakan dan akhirnya mencapai matlamat digariskan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi pelajar Tingkatan 3 yang ingin memasuki Tingkatan 4 ke asrama penuh, mereka akan dinilai melalui tiga komponen utama, iaitu PBD, PPsI dan PAJSK sebagaimana sebelum ini, selain menduduki peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

“Dengan pemansuhan ini, tentunya guru dan pelajar tidak tertekan lagi memikirkan sasaran pencapaian akademik perlu dicapai.

“Apa yang penting, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di peringkat menengah rendah dapat dijalankan dengan lancar melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta perancangan tahunan setiap mata pelajaran yang sudah ditetapkan,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 minit yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya