web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


IPT Tempatan Disaran Kerjasama Dengan Universiti Teknikal Luar

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 3:43PM

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mula dipergiatkan sejak beberapa tahun lalu untuk menghasilkan tenaga kerja kompeten dalam bidang tertentu, seterusnya memenuhi permintaan industri serta menggalakkan sektor kemahiran negara.

Justeru, bagi terus memperkasakan bidang itu, institut pengajian tinggi (IPT) disaran memperluaskan kerjasama dan menjalinkan kolaborasi strategik dengan universiti teknikal luar negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, bagi memenuhi usaha itu dan memperluas jaringan strategik antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut cabaran berkenaan apabila mengambil pendekatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Gheorghe Asachi Technical Universi (TUIASI), Romania.

“MoU itu akan memberi tumpuan kepada bahan kitar semula dan penggunaan semula produk untuk menangani isu kemampanan alam sekitar, seperti pengeluaran sisa, pencemaran alam sekitar serta perubahan iklim.

“Ini adalah kerana kemelesetan ekonomi global, penstrukturan semula industri dan transformasi tenaga kerja, menyebabkan IPT perlu mencari peluang bagi pembangunan profesional berterusan untuk kekal berdaya saing serta relevan,” katanya.

Terdahulu, Noraini menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan yang disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli dan Rektor TUIASI, Profesor Dan Cascaval di TUIASI, Lasi, Romania.

Menurut Noraini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyokong dan memberi komitmen sepenuhnya kepada UniMAP serta TUIASI bagi menggalakkan kerjasama.

“Kementerian ini akan menyokong dan memberi komitmen penuh kepada kedua-dua IPT terlibat dalam pertukaran kepakaran, pengetahuan serta teknologi.

“Ini untuk pembangunan kakitangan dan mengambil bahagian dalam program promosi, latihan serta pembangunan untuk pelajar dan kakitangan,” katanya.

Sementara itu, Zaliman dilaporkan berkata, tahun ini adalah tahun ke-10 UniMAP bekerjasama dengan TUAISI.

“Malah, dua penyelidik UniMAP adalah penerima geran Erasmus+ Teaching Mobility:For Academic Staff di Faculty of Materials Science & Engineering TUAISI dan penglibatan mereka adalah dengan menyampaikan kuliah serta penyelidikan bersama,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam