web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Lulus Penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 8:45AM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, UKKM akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pengoperasiannya.

“Kita luluskan penubuhan yang dibawa KUSKOP ini supaya IPT lain dapat berkolaborasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Ini bukan sahaja dari aspek membangunkan usahawan pelajar dan graduan, tetapi juga dari aspek penyelidikan dan inovasi dalam bidang keusahawanan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Surat kelulusan tersebut diserahkan Noraini kepada Menteri KUSKOP Tan Sri Noh Omar dalam program Konsolidasi Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak serta program KPT Prihatin Keluarga Malaysia yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Noraini berharap agar kesemua pihak terlibat dapat mematuhi segala syarat ditetapkan sebelum boleh memulakan pengoperasian universiti berkenaan bagi memastikan hala tuju penubuhannya berada pada landasan tepat dan mencipta keberhasilan diharapkan.

Sementara itu, Noh berkata UKKM dijangka mula beroperasi September ini di Cyberjaya melibatkan kira-kira 500 hingga 1,000 pelajar.

“Kelulusan ini sangat bertepatan dengan sambutan 100 tahun lahirnya koperasi di negara ini pada 22 Julai nanti.

“Kita akan mewujudkan sebuah skim dinamakan Skim Pinjaman Informal & Micro (SPIM) dengan peruntukan pinjaman RM200 juta yang bukan sahaja membantu usahawan tetapi juga para graduan tanpa sebarang kadar faedah dikenakan.

“Ia antara lain akan menggalakkan dan memudahkan graduan untuk menceburi bidang ini memandangkan bayaran balik hanya akan dikenakan selepas setahun,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad