Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


RM240 Tak Setimpal, KPM Harus Tangani Segera Isu Elaun Warden Asrama

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 8:52PM

Seorang warden bukan sahaja menjadi penjaga, tetapi juga merupakan tempat murid-murid menumpang kasih dan mendapat perhatian. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain trend guru bersara awal, isu kadar elaun RM240 sebulan bagi warden asrama sekolah antara yang kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Masakan tidak, kadar elaun itu tidak pernah berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada 1 April 1997.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) digesa menyelesaikan isu kadar elaun warden asrama sekolah dengan segera.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kadar elaun tersebut langsung tidak masuk akal ketika ini.

Katanya, disebabkan elaun yang terlalu rendah itu ramai guru enggan memikul tanggungjawab sebagai warden asrama.

“Akhirnya ada sekolah amalkan jadual giliran guru untuk jadi warden asrama. Kononnya ini cara paling adil.

“Alang-alang biar semua guru kena. Pengetua dan Penolong Kanan mungkin ikut giliran juga. Mungkin,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, kadar elaun tersebut sepatutnya dinaikkan kepada RM700 sebulan, setimpal dengan tugas warden yang bukan sahaja menjaga keselamatan tetapi kebajikan murid.

“Dalam bahasa mudah, warden adalah ‘penjaga’ murid yang tinggal di asrama. Murid-murid ini terpaksa berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga semata-mata untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan terurus.

“Duduk di asrama makan terjaga, solat terjaga, disiplin terjaga. Waktu belajar terjaga. Dekat pula jarak ke sekolah setiap hari. Saya sendiri pun telah melalui semua itu,” katanya.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Jelas beliau lagi, warden asrama juga merupakan tempat murid-murid menumpang kasih dan mendapat perhatian.

“Murid-murid ni remaja. Mereka sedang membesar dan sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian. Jika di asrama, siapa lagi kalau bukan kepada warden.

“Tapi kalau dibayar hanya RM8 sehari dengan tempoh bertugas 24 jam, kerja pula ada berbagai risiko dan berat sekali tanggungjawabnya, guru mana yang sanggup bertahan lama jadi warden?” soalnya.

Berdasarkan pengalamannya yang pernah tinggal di asrama sekolah harian di Sungai Petani, Kedah suatu ketika dulu, Anuar sebak melihat pengorbanan seorang warden demi masa depan anak murid.

“Sebab itu saya cukup sedih bila lihat mereka hanya dibayar elaun RM240. Maksudnya sehari dibayar hanya RM8, bertugas 24 jam, termasuk hujung minggu. Sejam dibayar hanya 30 sen untuk jaga nyawa ratusan murid-murid di asrama.

“Siapa sanggup? Tengah malam sedang tidur pun warden dalam keadaan bertugas juga sebenarnya. Tiba-tiba sahaja boleh kena kejut jika ada kecemasan di asrama,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa persatuan guru supaya lantang dalam memperjuangkan isu tersebut.

“Kamu sepatutnya di depan berjuang untuk menjaga kebajikan warden asrama. Bukankah warden itu guru juga?

“Bila warden asrama sejahtera, kebaikannya akan sampai pada murid-murid yang tinggal di asrama juga. Warden sejahtera, murid-murid pun sejahtera,” katanya. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

3

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

Sukan 4 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 22 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB