Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Faktor 'Dinosaur', 'Little Napoleon' Antara Punca Trend Guru Bersara Awal?

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 3:27PM

Mohd Fadli berbual dengan pelajarnya di sebuah sekolah rendah di Gombak. - Gambar dari Facebook Mohd Fadli Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Trend ramai guru memilih untuk bersara awal sejak kebelakangan ini ternyata amat membimbangkan kerana negara bakal kehilangan warga pendidik berpengalaman.

Perkara itu turut diakui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang memaklumkan, lebih 10,000 guru menghantar permohonan tersebut setiap tahun.

Katanya, jumlah berkenaan menyamai kadar guru bersara wajib.

Apa sebenarnya yang menjadi punca peningkatan trend itu?

Seorang guru yang popular di media sosial, Mohd Fadli Salleh turut berkongsi pandangan mengenai perkara serius itu yang perlu ditangani segera oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut beliau, sistem pendidikan di negara ini yang sangat menekan dan penuh dengan pelbagai bebanan tambahan, antara dorongan untuk warga pendidik bersara lebih awal.

Malah katanya, faktor 'dinosaur' dan 'little napoleon' yang masih berakar umbi dalam sistem juga menjadi penyumbang kepada isu tersebut.

“Kebebasan bersuara disekat dengan pelbagai ugutan halus. Apa jua dasar tak boleh dipertikai dan tak boleh dikritik. 

“Walau tahu ia tak betul, kena angguk saja. Baru kenaikan pangkat lancar dan tiada masalah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Dianggarkan 10,000 permohonan guru untuk bersara awal saban tahun. Sayangnya, yang mohon bersara awal ni golongan guru...

Posted by Mohd Fadli Salleh on Monday, April 18, 2022

Jelas beliau lagi, dalam sistem pendidikan di negara ini, warga pendidik juga perlu menjadi ‘Yes Man’ jika mahu kedudukan mereka selamat.

“Kalau tak, habis segala benda disekat. Yang berbeza pandangan, yang kritis, akan di'cop' selama-lamanya sebagai pembangkang. 

“Nanti kena hantar kursus untuk 'brainwash', kena surat tunjuk sebab, kena hadir kaunseling kena tukar, kena ugut dikenakan tatatertib. Budaya lapok bersifat punitif, hukuman dan ugutan masih kukuh berakar umbi dalam sistem,” katanya.

Mohd Fadli yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Gombak mengakui, guru hari ini turut dibebani pelbagai kerja tambahan sehingga melangkaui tugas hakiki mereka.

“Mengajar dan mendidik murid sentiasa seronok, enjoy dan menggembirakan. Langkah saja kaki keluar kelas, terus terasa beban menimpa-nimpa. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) datang minta buat program itu program ini. Kadang programnya langsung tak sesuai dengan murid kita.

“Tapi tak boleh bantah apa. Kau bantah, siaplah. Kena cop haluan kiri selamanya dan akan disusahkan. Rungutan guru tidak dipeduli. Kalau parent merungut baru cepat-cepat ada tindakan,” katanya.

Beliau berkata, sistem pendidikan hari ini juga ‘merajakan' murid dan ibu bapa serta kurang menjaga kebajikan para guru.

“Tiada keterbukaan dalam sistem. Tiada orang berani nak bersuara tegur perkara yang mereka yakini salah dan tak betul. Masing-masing menjaga periuk nasi sendiri.

“Dan akhirnya, lahir ramai guru yang sekadar guru tapi hilang jiwa sebagai seorang pendidik. Pada aku, begitulah,” katanya yang terkenal lantang mengkritik sistem pendidikan negara selama ini.

Dr Radzi Jidin - Gambar fail
Dr Radzi Jidin - Gambar fail

Menyedari trend itu yang semakin meruncing, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM sedang dalam proses memperincikan data serta penilaian sebenar situasi tersebut.

Katanya, perincian bukan sahaja dari segi jumlah, namun turut meliputi beberapa perkara lain termasuk punca, usia, serta pengalaman dalam karier perguruan bagi yang memohon bersara awal.

"Dalam konteks ini, secara umumnya kadar persaraan dalam kalangan guru yang bersara wajib (dengan bersara pilihan awal) itu lebih kurang sama.

"Kita hendak perincikan perkara ini apabila ramai yang bercakap, macam-macam 'pattern' (corak) dan 'trend' mengenai perkara ini (guru bersara awal). Jadi kita sedang susun data ini untuk diperincikan sedikit lagi," katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor dekat Ipoh, Perak, bulan lalu.

Terdahulu pada November tahun lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, turut mengutarakan isu sama menerusi sidang Parlimen.

Maszlee ketika itu dilapor berkata, alasan seringkali dikemukakan guru yang ingin bersara awal adalah 'burn out' atau kelesuan disebabkan bebanan kerja yang disifatkan terlampau banyak. - Getaran, 19 April 2022

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel

Semasa 2 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid