Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Teknologi Digital Pemacu Utama Luas Penyebaran Ilmu 

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 12:45PM

Pendidikan menerusi dalam talian akan memberikan kesan negatif terutama kepada pelajar yang menetap di kawasan pedalaman yang menghadapi masalah capaian jalur lebar atau internet. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perubahan dalam pendidikan seiring dunia moden bukan topik baharu dan bidang itu sentiasa bergerak ke depan, namun masyarakat perlu diingatkan mengenai kepentingan asas untuk membina polisi berkaitan digital, terutama sekiranya ia membabitkan mahasiswa.

Ini kerana krisis kesihatan akibat COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan tugas dipikul pensyarah semakin mencabar apabila perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Lebih merisaukan apabila perubahan tersebut memberi kesan negatif, terutama kepada pelajar yang menetap di kawasan kampung dan pedalaman disebabkan masalah capaian jalur lebar atau internet.

Dr Mohd Shahidan Shaari
Dr Mohd Shahidan Shaari

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Mohd Shahidan Shaari berkata, walaupun terdapat kajian menunjukkan platform itu tidak memberi tekanan kepada pelajar, masih berlaku situasi sebaliknya sehingga mengakibatkan kesan besar.

“Ini kerana mereka tidak dapat menguasai pembelajaran atas talian dengan baik disebabkan masalah jaringan internet, kuota terhad, suasana kurang kondusif dan kemahiran warga pendidik dalam penggunaan teknologi digital.

“Mereka juga kurang memiliki pengetahuan dalam meneroka pelbagai kaedah, seperti aplikasi Padlet, Quizizz, Kahoot, Mentimeter dan lain-lain,” katanya hari ini.

Lantaran itu, Mohd Shahidan berkata, semua pihak perlu mengambil kira konteks pendidik pada masa kini yang memerlukan tenaga pengajar memiliki tahap literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Jelasnya, pensyarah perlu mendalami ilmu teknologi baharu dengan menggunakan cara lebih efektif untuk berkomunikasi dengan pelajar, di samping pemantauan berkala daripada ibu bapa agar anak mereka tidak tertekan dalam menyesuaikan diri.

“Oleh itu, setiap peringkat masyarakat harus menerima ketentuan yang tidak pernah kita jangkakan berkenaan dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Apa harus kita lakukan adalah melihat sisi keburukan itu dengan nilai kebaikan.

“Kita akan dapat berfikir bahawa pembelajaran atas talian banyak membantu dalam memudahkan urusan seharian kita. Kita juga harus sedar bahawa apakah tujuan utama kewujudan teknologi dan mengapa ia dibangunkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shahidan menegaskan teknologi adalah kaedah atau proses bagi pelajar mahupun pendidik mencari penyelesaian dengan mudah serta berkesan.

Justeru, beliau berpendapat agar pelajar tidak hanya tertumpu kepada sesi pengajaran bersama pensyarah, malah mampu mendapatkan ilmu tambahan daripada pelbagai sumber daripada internet.

“Pelbagai video pengajaran dimuat naik atas talian seperti di Youtube yang boleh memberi manfaat kepada semua orang. Ini menunjukkan bahawa kemudahan melayari pelbagai media massa dan media sosial hanya di hujung jari. 

“Tambahan lagi, kita dapat mempelajari pelbagai platform yang digunakan seperti Zoom, Google Meet, Webex, Microsoft team, Google Classroom, Yo teach, Blendspace dan sebagainya,” katanya.

Dr Noorazeela Zainol Abidin
Dr Noorazeela Zainol Abidin

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan UniMAP, Dr Noorazeela Zainol Abidin berkata, pihak universiti perlu memperkasakan seminar, persidangan atau webinar secara atas talian.

Menurut beliau, tindakan itu dapat membuktikan bahawa penyebaran ilmu sudah semakin meluas melangkaui sempadan dengan adanya teknologi digital yang akan memberi kemudahan kepada pengguna.

“Ahli akademik dari luar negara juga boleh dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar tempatan secara atas talian. 

“Tambahan, pelbagai iklan mengenai seminar, persidangan, webinar dan bengkel dianjurkan institusi dalam negara atau luar negara boleh dilakukan secara atas talian di media sosial, seperti Facebook dan laman web,” katanya.

Dalam pada itu, Noorazeela menjelaskan, bagi pelajar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, mereka boleh menggunakan khidmat guru dari luar negara melalui aplikasi di media sosial.

“Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dan memperbaiki sebutan dengan betul.

“Oleh itu, mereka tidak perlu lagi pergi ke negara luar untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa ilmu itu boleh diperolehi dengan mudah menerusi teknologi digital yang semakin canggih,” katanya. – Getaran, 25 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Sukan 7 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah