web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UM Dituntut Laksana 4 Pendekatan Jamin Keselamatan Mahasiswa, Bendung Penularan COVID-19

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:17PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan Universiti Malaya (UM) dituntut melaksanakan empat pendekatan pada minggu peperiksaan, bagi menjamin keselamatan dan kebajikan mahasiswa susulan peningkatan kes COVID-19 di kampus institusi pendidikan itu.

Jurucakap Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik) UM, Professor Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman, semalam.

“Cadangan pertama adalah pelaksanaan peperiksaan akhir bagi semua fakulti secara atas talian serta-merta, memandangkan perhimpunan beramai-ramai di dewan peperiksaan akan mendedahkan dan meningkatkan risiko jangkitan,” katanya.

Pihak KMUM juga, jelasnya, menuntut mahasiswa yang dikuarantin diberi kebebasan untuk membuat keputusan, sama ada meneruskan atau menangguhkan peperiksaan masing-masing.

Katanya, tekanan dialami mahasiswa itu dalam tempoh kuarantin amat besar, ekoran daripada kerisauan dijangkiti COVID-19 yang ditambah tekanan untuk menduduki peperiksaan.

Jurucakap KMUM berkata, mahasiswa itu terpaksa menjalani kuarantin akibat kegagalan pihak pentadbiran UM membendung penularan jangkitan virus terbabit di kampus, justeru pihak universiti seharusnya lebih bertimbang rasa terhadap mereka.

“Selain itu, KMUM menuntut pihak universiti memberi pengecualian caj yuran kolej kepada dua kumpulan mahasiswa, iaitu mereka yang menjalani kuarantin selama 10 hari selepas peperiksaan akhir tamat sebelum bertolak pulang.

“Satu kumpulan lagi adalah mahasiswa yang menangguhkan peperiksaan akhir mereka akibat bergejala atau dikesan positif dan bakal menduduki ‘Special Examination’ Grade I.

“Ia harus diberikan sehingga tamat peperiksaan itu jika mereka memilih berada di kolej kediaman disediakan,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap KMUM berkata, cadangan keempat adalah menjalankan ujian calitan COVID-19 kepada mahasiswa sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan, sekiranya ia tetap diadakan secara fizikal dengan kos ditanggung sepenuhnya pihak universiti.

Jelasnya, pihak KMUM meminta pihak universiti mengambil langkah pragmatik untuk menghentikan penularan pandemik, menerusi dua pendekatan, iaitu menghebahkannya kepada mahasiswa supaya mereka mendapat info terkini dan dijadikan sebagai peringatan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pendekatan kedua, katanya, menjalankan saringan ujian calitan COVID-19 kepada mahasiswa berstatus kontak rapat pada hari pertama dan hari terakhir mereka dikuarantin.

“Pihak KMUM membantah dan mengkritik sebarang keputusan atau tindakan mengabaikan keselamatan serta kebajikan mahasiswa UM.

“Maka, kami menggesa pihak universiti mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi mahasiswa,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pentaskan Teater Ada Babak Tak Senonoh, UM Mohon Maaf Isu ‘Soft Porn’

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Perkasakan Tulisan Jawi Dengan Al

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa Terkesan Polisi Hutang Perlu Hubungi Jabatan Bendahari - UM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek