Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KPM Digesa Atasi Isu Guru Interim, Jangan ‘Buang’ Mereka

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 9:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun memegang jawatan sebagai guru sandaran berstatus DC41, jasa Guru Interim Bahasa Inggeris bukan sedikit kerana mereka menjalankan tanggungjawab sama seperti pendidik lantikan bukan kontrak.

Guru interim ditempatkan di sekolah di seluruh negara yang berdepan kekurangan guru, untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar.

Bagaimanapun, laporan mengenai ciapan seorang Guru Interim Bahasa Inggeris di Twitter sehingga tular baru-baru ini, mengundang reaksi pelbagai pihak.

Guru terbabit didakwa memohon penjelasan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berhubung isu penamatan kontrak golongan yang diambil pada 2019 itu.

Tindakan guru tersebut turut menimbulkan simpati dan kekecewaan ramai kerana penamatan kontrak terbabit dianggap sangat tidak wajar sekiranya dilaksanakan.

Kata mereka, guru interim sudah berkorban masa dan tenaga untuk mencurahkan ilmu mendidik anak bangsa selama tiga tahun.

Menerusi ciapan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) didakwa sedang berusaha meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melaksanakan urusan temuduga dan lantikan sebelum 22 April ini.

Bagaimanapun, guru berkenaan meminta jasa baik BPSM sekiranya pihak terbabit boleh meluluskan penyambungan kontrak enam hingga 12 bulan, sementara isu temuduga dan lantikan tetap diselesaikan.

Situasi itu turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menyelesaikan segera isu membelenggu guru interim berkenaan yang dilaporkan tamat kontrak pada 21 April ini.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, adalah amat mengecewakan jika benar guru interim ditamatkan kontrak, memandangkan masing-masing mempunyai kelayakan dengan pengalaman mengajar hampir tiga tahun.

Aminuddin Awang
Aminuddin Awang

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, dengan jumlah guru bersara awal yang dilihat agak ramai ketika ini, penyerapan guru interim sebagai guru tetap DG41 adalah langkah tepat bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan pendidikan negara.

Mengulas isu sama, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menggesa KPM mengambil tindakan segera dan pendekatan terbaik untuk membantu penempatan guru interim di sekolah.

Katanya, berbekalkan latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) diterima guru interim sedia ada, menjadi kerugian kepada bidang pendidikan sekiranya mereka ditamatkan kontrak.

“Kita (i-Guru) pun ada terima maklumat tentang isu guru interim ini yang dikatakan akan ditamatkan kontrak dan perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan atau tidak diambil untuk penempatan guru tetap.

“Jadi saya fikir isu ini harus diselesaikan KPM untuk membantu guru interim supaya dapat ditempatkan dan dilantik sebagai guru tetap di sekolah di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Azizee berkata, i-Guru juga meminta SPP mempermudahkan proses lantikan terbabit dengan mengutamakan guru interim berkenaan kerana mereka sudah memiliki latihan dan pengalaman.

Jelasnya, sekiranya suruhanjaya tersebut mengadakan temuduga untuk pengambilan guru baharu, kumpulan bakal guru itu perlu dihantar mengikuti kursus sama seperti dilalui guru interim sedia ada.

Beliau berkata, keadaan terbabit pastinya merugikan kerana SPP perlu menampung kos tinggi.

“Bagi i-Guru, utamakan pengambilan guru interim sedia ada sebagai perjawatan dan sekiranya masih tidak mencukupi, barulah diadakan temuduga untuk ambil guru baharu.

“Jika KPM tidak mengambil tindakan segera dan pendekatan terbaik, ini akan menjejaskan pendidikan negara,” katanya.

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

Menerusi satu kenyataan hari ini, Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, status guru interim menjadi pertikaian apabila mereka tidak menerima lanjutan kontrak walaupun menamatkan program latihan ikhtisas.

Perkara itu, katanya, menggambarkan hala tuju tidak jelas KPM dalam pengurusan guru baharu apabila status guru interim seolah-olah tiada pembelaan.

Maszlee berkata, walaupun Radzi mengadakan pertemuan dengan SPP, tidak ada jaminan konkrit diberikan kedua-dua pihak terhadap isu terbabit.

“Tindakan pengambilan guru baharu seramai 18,000 orang adalah usaha baik kerana dapat mengurangkan beban guru di sekolah, selain mampu mengimbangi nisbah guru dan murid.

“Namun, apabila tidak dapat diselaraskan secara komprehensif, natijahnya seperti ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’,” katanya.

Selain itu, Maszlee berkata, menjadi kerugian kepada sektor pendidikan apabila guru yang sudah berkhidmat selama tiga tahun akan meninggalkan perkhidmatan dek kerana kegagalan KPM untuk merancang

“Sering kali dalam semua kenyataan media, saya menggesa agar Menteri Pendidikan lebih serius dalam merencana pendidikan di Malaysia.

“Bukan sahaja isu guru interim, tetapi hampir semua isu yang pernah saya lontarkan,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

4

Pendidikan 1 minggu yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Politik 15 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB