Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


21,316 Pelajar Berhenti Sekolah Ketika Pandemik, Apa Sudah Jadi?

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 6:03PM

Jumlah keseluruhan pelajar yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 sehingga Julai 2021 adalah seramai 21,316 orang, ketika penularan pandemik COVID-19. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberhentian pelajar dari sekolah bukan isu baharu kerana sebelum ini ada golongan itu memilih tidak mahu meneruskan pelajaran di institusi berkenaan atas alasan tersendiri.

Antaranya termasuk berdepan masalah tertentu sama ada dengan pelajar atau guru, tidak selesa dengan persekitaran sekolah, mahukan waktu belajar lebih fleksibel, terikat dengan komitmen lain atau sukar menumpukan perhatian di dalam kelas yang ramai.

Walaupun membuat keputusan untuk berhenti sekolah, pelajar terbabit akan meneruskan pendidikan menerusi kaedah alternatif.

Kaedah itu mencakupi belajar di rumah melalui tunjuk ajar keluarga yang berkelayakan mengajar, mendapatkan khidmat guru berbayar atau tutor profesional.

Namun, perkongsian mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Twitter yang memaparkan jawapan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika menerima pertanyaan bukan lisan daripada Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berhubung jumlah pelajar berhenti sekolah dari Mac 2020 sehingga Julai 2021, sememangnya mencetuskan pertikaian.

Mohd Radzi berkata, berdasarkan data bagi tempoh itu, jumlah keseluruhan pelajar yang menghentikan persekolahan adalah seramai 21,316 orang atau 0.22 peratus.

Katanya, jumlah itu membabitkan 11,301 pelajar atau 0.24 peratus bagi tempoh Mac hingga Disember 2020 dan 10,015a atau 0.21 peratus (Januari hingga Julai 2021).

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi pelajar menamatkan persekolahan lebih awal sebelum tamat waktu sepatutnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Maszlee turut mempertikaikan senario yang menimpa Malaysia itu, sehingga sejumlah besar pelajar bertindak menamatkan persekolahan sebelum waktu.
“Semenjak Mac 2020 sehingga Julai 2021, seramai 21,316 anak-anak sudah berhenti sekolah! Apakah sudah berlaku kepada Malaysia???

“Ya Allah selamatkanlah negara dan bangsaku daripada ketidaktentuan masa hadapan dek kebobrokan (kerosakan) para penguasa yang jadong (jahat, bodoh dan sombong),” ciapnya.

Perkongsian Maslee itu menerima puluhan komen dan 4,800 tanda suka serta diulang ciap sebanyak 5,000 kali sejak dimuatnaik pagi tadi.

“Mereka sepatutnya boleh kembali ke sekolah dan belajar mengikut kemampuan mereka sendiri. Mereka mungkin tidak mempunyai telefon bimbit atau tablet untuk mengikuti pelajaran secara dalam talian. Mereka perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka memperoleh pekerjaan dan tidak tercicir. Jangan menafikan pendidikan mereka kerana mereka ketinggalan atau miskin, bimbing mereka,” komen seorang pengguna media sosial itu menerusi akaun Sharan Pretam Singh (Mrs).

“Ini kes yang sangat serius. Ia nampak kecil bagi pemimpin yang tiada pandangan jauh, tapi impak kepada negara 10 tahun akan datang amat besar dan amat buruk. Kebarangkalian peningkatan jumlah gelandangan dan jenayah tinggi serta ‘ketuanan melayu’ bakal hilang,” kata pula Norhisyam Hasim.

“Patutkah kita menganjurkan platform untuk kumpulan pelajar ini mendapatkan sokongan moral atau sekurang-kurangnya mempunyai seseorang untuk mereka berbincang. Sebelum atau selepas berhenti sekolah,” kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai  Ungku Norani.

Manakala seorang pengguna dengan nama PurPink pula menegaskan, ada pelajar tertentu terpaksa berhenti sekolah disebabkan desakan keluarga yang meminta mereka bekerja untuk menyara hidup walaupun pihak sekolah sudah memberikan kaunseling.

“Saya beritahu sendiri Dr. Bukan salah mana-mana. Di sekolah saya, mereka berhenti sebab desakan keluarga untuk bekerja, sara keluarga. Setelah dikaunseling ke apa, mereka masih tak nak ke sekolah dan pilih untuk bekerja. Jadi, pihak sekolah terpaksa setujulah,” katanya.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Mengulas isu terbabit, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata jumlah pelajar berhenti sekolah seperti dinyatakan KPM itu amat membimbangkan kerana menggambarkan situasi tidak baik sedang berlaku ke atas  sektor pendidikan negara.

Jelasnya, PIBGN meminta kementerian melakukan kajian dan penelitian terperinci bagi mengetahui punca sebenar yang mendorong kepada keadaan itu.

Beliau berkata, penyelesaian paling berkesan perlu dikenalpasti daripada hasil kajian dan penelitian untuk memastikan kes pelajar berhenti sekolah mampu dielakkan dan punca masalah terbabit dapat ditangani sebaik mungkin.

“Tempoh pelajar berhenti sekolah seperti dinyatakan itu adalah ketika penularan pandemik COVID-19 jadi kenalpasti apakah punca mereka mengambil tindakan terbabit.

“Mungkin berkaitan isu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana masalah tiada akses internet atau tidak ada gajet atau penularan penyakit yang merunsingkan keluarga. Jadi ini antara sebab perlu diteliti mengapa jumlah itu tinggi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohamad Ali berkata, kegagalan untuk memberikan perhatian terperinci atau mengenakan tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan, dikhuatiri mencetuskan pelbagai masalah susulan yang memberi kesan kepada masa depan pelajar dan negara.

“Tentunya kalau kita tidak beri perhatian secara terperinci dan mengambil tindakan, kita khuatir permasalahan gejala sosial akan timbul.

“Kita juga bimbang keadaan ini akan menyebabkan keperluan tenaga profesional dan tenaga kakitangan pekerjaan negara tidak dapat dihasilkan mengikut kehendak pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Ali berkata, ibu bapa diharap memberikan perhatian sebaiknya mengenai pendidikan anak demi masa depan cerah pelajar terbabit, bukan memikirkan kepentingan jangka pendek.

“Jangan fikirkan untuk masa depan ibu bapa dan penjaga sahaja kerana apa yang lebih penting adalah masa depan anak-anak terbabit.

“Mereka (anak-anak) memerlukan pendidikan terbaik, disiplin sempurna dan akhlak terpuji untuk memenuhi ciri warga negara dikehendaki Malaysia pada masa depan,” katanya. - Getaran, 5 Disember 2021

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 9 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 1 hari yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia