web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: KPM Tak Cadang Tutup Sekolah Awal

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 4:24PM

Radzi Jidin (tengah) beramah mesra dengan pelajar ketika melawat persekitaran akademik persekolahan pada Majlis Perasmian Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menutup sesi persekolahan bagi negeri yang berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal daripada tarikh cuti penggal meskipun terdapat jangkitan kes positif COVID-19 dalam kalangan murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata setakat ini terdapat 200 kes membabitkan murid dan situasi itu masih terkawal.

Cuti penggal persekolahan bagi negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula Jumaat minggu hadapan manakala negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Sabtu, 11 Disember ini.

“Jumlah kes aktif itu jauh lebih rendah berbanding dengan angka keseluruhan murid dan pelajar yang hadir ke sekolah (iaitu) sekitar 4.5 juta orang.  Jadi kita perlu lihat bahawa dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, ini akan berlaku tetapi kita dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal supaya tidak akan ada berlaku penularan besar,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim yang juga Ahli Parlimen Pendang.

Radzi berkata keputusan sama ada menutup sesebuah sekolah atau sebaliknya apabila terdapat kes positif COVID-19 adalah bergantung kepada penilaian risiko yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), selain menegaskan sesi persekolahan secara bersemuka amat penting bagi mengelakkan pelajar tercicir dalam pelajaran.

"Dalam konteks sekarang ini, bila sekolah ditutup untuk tempoh panjang, walau sesi PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) dilaksanakan, namun perasaan murid itu renggang dengan sistem persekolahan... sebab itu walau ramai kata sekolah jangan dibuka dulu tetapi kita dah bincang bahawa amat penting untuk sekolah dibuka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata seramai 11,469 guru atau 55 peratus daripada keseluruhan 20,772 guru yang memohon pertukaran berjaya memperoleh kelulusan bagi tahun ini.

"Esok (Isnin) kita akan umumkan keputusan pertukaran guru dan seperti mana kita tahu isu berkaitan pertukaran ni dah bertahun dibincangkan dan untuk pengetahuan secara umumnya, buat pertama kali pada tahun ini peratusan pertukaran paling tinggi berdasarkan permohonan diterima.

“Kita juga akan bawa masuk pengambilan (guru) baharu seramai 18,702 orang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar