web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Diminta Ubah Jadual Padat SPM, Elak Pelajar Stres

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 6:20PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta membuat perubahan pada jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dianggap terlalu padat bagi mengelakkan calon stres untuk menduduki peperiksaan utama itu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, beliau menerima banyak aduan daripada calon mengenai kepadatan jadual SPM 2021.

“Saya mohon KPM meneliti semula jadual SPM 2021 pada 7 Mac hingga 11 Mac yang sangat sesak kerana membabitkan subjek teras back to back (berganti-ganti).

“Sebab apa? Silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu, tiada peranti semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan stres boleh akibatkan bunuh diri. Berikan mereka sedikit ruang untuk kertas teras,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau turut berkongsi paparan jadual SPM 2021 dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LPM).

Berdasarkan jadual itu, mata pelajaran ditetapkan pada 7 Mac adalah Bahasa Inggeris Kertas 1, Bahasa Inggeris Kertas 2 dan Tasawwur Islam.

Mata pelajaran teras perlu diduduki calon pada 8 Mac adalah Sejarah Kertas 2 dan Sejarah Kertas 2, manakala keesokannya, mereka akan memasuki dewan peperiksaan bagi Matematik Tambahan Kertas 1 dan Matematik Tambahan Kertas 2.

Pada 10 Mac, mereka perlu menduduki Matematik Kertas 1 serta Matematik Kertas 2 dan keesokannya, calon harus menjawab peperiksaan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 56 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad