web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadual SPM 2021 ‘Sesak’, Maszlee Gesa KPM Dengar Keluhan Rakyat

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 4:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti tahun lalu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya berlangsung bulan ini, ditangguhkan Mac tahun depan disebabkan pandemik COVID-19.

Berdasarkan jadual waktu peperiksaan yang disediakan Kementerian Pendidikan (KPM) Rabu lalu, peperiksaan tersebut akan diadakan pada 2 hingga 20 Mac tahun depan.

Begitu pun, ia menerima bantahan ramai pihak terutamanya calon SPM sehingga tanda pagar #UbahJadualSPM menjadi trending di Twitter hari ini.

Majoriti pelajar juga menyifatkan jadual peperiksaan yang disediakan itu terlampau padat.

“Tak faham kenapa SPM 2021 jadual padat macam ni sebab SPM 2020 pun ada jarak juga. Mereka exam format baharu, banyak kerja kursus lepas tu tarikh exam dekat-dekat pula,” kata Kinomiuko.

“Aku tak faham apa yang mereka nak rush sangat, yang stressnya cikgu-cikgu dan kami yang nak duduk exam ni. Tolonglah KPM, tukar jadual.

“Dahlah dua tahun PDPR. It’s not as easy as it looks like. Susah nak catch up semua,” kata Naptuneskz.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, harap lihat isu ini. Jangan buat pelajar-pelajar ini tertekan. Mengapa semakin teruk pentadbiran Keluarga Malaysia ini? Tak ada empati langsung. YB @RadziJidin harap lebih bijak lead KPM,” kata Zt Infinity.

“Woi aku baru perasan hari jawab exam BI ada Tasawwur jugak. Lepas tu esoknya Sejarah. Pecah otak aku nak menghafal dua benda tu. Dahlah dua-dua memang kena hafal baru boleh skor,” kata Teggyu.

Susulan keputusan, satu petisyen bertajuk #SemakSemuaJadualSPM2021 dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.

Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 15,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak kerajaan untuk menyemak semual jadual peperiksaan tersebut yang dianggap terlalu padat.

Setakat ini, petisyen tersebut sudah mendapat lebih 11,000 tandatangan di kalangan warganet.

Berdasarkan petisyen yang diwujudkan itu, individu terbabit berpendapat jadual peperiksaan SPM 2021 juga tidak mesra pelajar, ibu bapa dan guru.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang turut senada dengan pendapat orang ramai.

Beliau juga tidak bersetuju dengan susunan jadual peperiksaan tersebut.

“Sesak,” katanya ringkas menjawab pertanyaan seorang individu berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Maszlee turut mendedahkan beliau menerima puluhan mesej daripada guru, ibu bapa mahupun pelajar mengenai pelbagai isu berkaitan pendidikan.

“Rakyat bagaikan anak yatim piatu kehilangan ibu bapa dan penjaga di waktu ini berkaitan isu pendidikan.

“Ramai yang meminta saya mengubah itu dan ini seolah-olah saya masih lagi menerajui KPM. Itulah hakikatnya sehingga detik ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau lagi, kerajaan seharusnya prihatin keluhan rakyat berhubung isu pendidikan di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Menteri, Timbalan-Timbalannya dan KPM tidak boleh mengambil mudah dan membuat sikap ‘pekak badak selamanya’,” katanya.

Malah beliau berkata, beberapa isu yang dibangkitkan rakyat sudah dibincangkan ke peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia pada Khamis lalu.

“Rakyat, terutamanya para pendidik dan anak-anak ingin didengari dan kita bertindak berdasarkan keperluan orang bawahan dan bukannya kaedah-kaedah ciptaan orang kayangan.

“Diharapkan kerajaan dan KPM dapat mengembalikan semula kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati di sekolah dan semua institusi pendidikan,” katanya. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran