web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 Mula Januari Hingga Mac 2022

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 3:09PM

Sesi persekolahan penggal 3 2021 akan bermula 2 Januari hingga 20 Mac tahun depan bagi sekolah di negeri kumpulan A. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021 yang dilanjutkan akibat pandemik COVID-19, akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata tarikh itu adalah bagi sekolah di negeri kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri kumpulan B, sesi persekolahan akan bermula 3 Januari hingga 20 Mac, meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau-Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan B.

“Sesi persekolahan Penggal 3 bagi 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini, KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga awal 2022 bagi membolehkan kementerian itu memastikan semua pelajar bersedia memasuki peringkat kelas seterusnya.

Lanjutan itu bermakna semua pelajar akan kekal dalam darjah dan tingkatan masing-masing sehingga sesi persekolahan 2021 tamat. – Getaran, 15 November2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar