web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Larang Pemeriksaan Haid, Ketua JPN, PPD Ambil Tindakan Jika Berlaku

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:22PM

Radzi berkata kementeriannya memandang serius dakwaan bahawa amalan pemeriksaan haid secara fizikal masih dilaksanakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pemeriksaan haid yang didakwa berlaku di beberapa sekolah sejak 20 tahun lalu dan dianggap tidak wajar dilakukan, kini selesai apabila Kementerian Pendidikan (KPM) melarang amalan itu.

Perkara berkenaan dinyatakan menerusi pekeliling bertarikh 2 November dikeluarkan kementerian berkenaan kepada semua ketua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang menegaskan, pemeriksaan seumpama itu tidak lagi dibenarkan.

“Semua JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah memastikan amalan serta tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi pendidikan di bawah KPM.

“Pihak JPN dan PPD juga hendaklah sentiasa peka dan menjalankan pemantauan berterusan supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang,” jelas pekeliling itu.

Menerusi edaran kenyataan terbabit, KPM turut meminta JPN dan PPD mengambil tindakan tegas jika amalan tersebut berlaku di institusi pendidikan ditadbir kementerian berkenaan.

“Tindakan tegas perlu diambil segera jika amalan sedemikian berlaku di institusi pendidikan bawah KPM,” katanya.

Amalan pemeriksaan haid yang didedahkan media sejak April tahun ini didakwa membabitkan arahan supaya pelajar menunjukkan tuala wanita digunakan masing-masing atau melakukan sapuan faraj menggunakan putik kapas, tisu dan jari bagi memastikan mereka boleh dikecualikan daripada aktiviti tertentu, khususnya keagamaan.

Bukan setakat itu, guru, warden dan pengawas sekolah juga diminta menyentuh bahagian pangkal paha untuk memastikan pelajar terbabit memakai tuala wanita.

Pendedahan terbabit menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak, termasuk pejuang hak asasi wanita, peguam dan pemimpin negara yang menyifatkan amalan berkenaan sebagai memalukan, menjijikkan serta menjatuhkan maruah mangsa.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Rdzi Jidin kemudian tampil memaklumkan, kementeriannya memandang serius dakwaan bahawa amalan pemeriksaan haid secara fizikal masih dilaksanakan dalam kalangan pelajar di sekolah.

Katanya, KPM juga komited untuk memastikan amalan itu tidak terus berlaku di institusi di bawah seliaannya.

Bagi membuktikan komitmen itu, Mohd Radzi sejurus tiba dari Kuching, Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini, terus menuju ke sebuah sekolah di Setapak bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

KPM juga menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi meneliti prosedur sedia ada dalam menangani aduan mengenai amalan berkenaan di sekolah dan hal berkaitan. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar