web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UPSI Rancang Selidik Potensi Sungai Perak Tengah, Bangun Aktiviti Rekreasi

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:40PM

Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan membantu meneroka lokasi menarik di kawasan sungai di daerah Perak Tengah sebagai pusat penyelidikan dan aktiviti rekreasi.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya sedang mengkaji prosedur berkesan bagi meneliti lokasi bersesuaian yang berpotensi dijadikan pusat pembangunan penyelidikan alam sekitar.

Katanya, inisiatif dijalankan bagi membantu usaha Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) itu juga bertujuan memperkasa aktiviti rekreasi sukan air dan sektor pembangunan ekonomi setempat, dalam melestarikan pelancongan di negeri berkenaan.

“Sebagai pusat pengajian peneraju pendidikan nasional, UPSI optimis menyalurkan khidmat kepakaran sedia ada dari fakultinya untuk diserapkan kepada masyarakat.

“Ini dijalankan menerusi pelaksanaan pembangunan penduduk setempat sebagai salah satu fungsi memasyarakatkan universiti di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja bersama MDPT di Hotel Impiana, Ipoh, baru-baru ini.

Md Amin memaklumkan, laluan sempadan sungai daerah Perak Tengah sepanjang hampir 200 kilometer mempunyai lebih 170 jenis spesies marin yang menjadi sumber makanan dan ekonomi penduduk di persisiran sungai, malah pernah digunakan sebagai laluan utama ketamadunan Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Beliau berkata, terdapat tiga inisiatif pelaksanaan yang diusulkan pihak universiti, merangkumi pelan pembangunan pesisiran sungai, pelaksanaan pengurusan acara serta pengurusan aset untuk perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi.

“Antara lokasi menjadi perhatian adalah di pesisir Pulau Semarak sekitar litar Dato’ Sagor, Dataran Nordin berhampiran Cempaka Sari dan Pulau Misa Melayu yang membabitkan tiga kawasan, iaitu Tanjung Belanja, Bota serta Kampung Gajah,” katanya.

Sungai di daerah Perak Tengah jelasnya, adalah nadi kepada identiti rakyat negeri itu yang kaya dengan hasil budaya, ketamadunan dan sejarah.

Justeru, katanya, sewajarnya pihak institusi pengajian tinggi, seperti UPSI turun padang berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti pendekatan bersesuaian.

Sementara itu, Yang DiPertua MDPT, Mohd Syukri Azaari, berkata sungai berkenaan sesuai dijadikan lokasi untuk menjalankan aktiviti rekreasi air.

“Antara aktiviti rekreasi berpotensi di adakah di sungai ini, termasuk kayak dan trek berbasikal,” katanya. - Getaran, 14 Oktober, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

3

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

5

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

6

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad