web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alumni Mampu Tingkat Kualiti IPT - MQA

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 7:39AM

Dr Mohammad Shatar Sabran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan alumni sebagai satu daripada pemegang taruh amat diperlukan bagi meningkatkan kualiti sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, banyak IPT luar negara seperti Harvard University, Cornell University dan University of Cambridge yang kualitinya sudah tidak perlu diperbahaskan lagi menyerapkan alumni dalam barisan pentadbiran.

Katanya, sumbangan alumni dengan pelbagai latar belakang amat penting demi mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meningkatkan kualiti IPT, justeru kaedah sama boleh diaplikasi atau diperkukuhkan di negara ini. 

"Tiada salahnya mengambil alumni sebagai sumber untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan dengan menggunakan pelbagai platform serta menerusi peraturan atau undang-undang yang dibenarkan.

"Selain kualiti pendidikan, jaringan alumni yang kukuh juga mampu memberi bantuan kewangan, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan seterusnya menarik minat generasi baharu untuk mengikuti pengajian di IPT berkenaan," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan alumni dan golongan muda sebagai sebahagian daripada pentadbiran IPT. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad sebelum ini dipetik sebagai berkata, pelantikan alumni  bersesuaian dengan kepercayaan kerajaan kepada golongan muda berdasarkan penglibatan dengan universiti.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, banyak IPT di luar negara yang menjadikan alumni sebagai sebahagian anggota pentadbiran IPT seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK).

Katanya, pelajar juga diberikan kepercayaan menerusi majlis perwakilan pelajar atau kesatuan pelajar yang terbabit dalam menyumbang idea dan pandangan untuk dipertimbangkan pengurusan IPT dalam membuat keputusan.

"Jadi, budaya ini perlu disuburkan di Malaysia supaya kualiti pendidikan di peringkat pengajian tinggi dapat dipertingkatkan pada masa akan datang," katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar