Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Guru Enggan Divaksin Tidak Jejas Pengoperasian

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 5:53PM

Kementerian Pendidikan tidak terkesan dengan tindakan 2,500 guru enggan divaksin ini kerana guru-guru yang sudah melengkapkan imunisasi adalah jauh lebih besar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan menjejaskan pengoperasian sekolah mulai 3 Oktober ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, berkata setakat ini hampir 89 peratus daripada lebih 414,000 guru sudah menerima dos lengkap vaksin tersebut.

“Kementerian Pendidikan (KPM) tidak terkesan dengan tindakan 2,500 guru enggan divaksin ini kerana angka guru yang sudah melengkapkan imunisasi adalah jauh lebih besar.

“Adakah disebabkan mereka (guru enggan divaksin) membuatkan kita (KPM) tidak membuka sekolah walaupun kita ada lebih 89 peratus guru sudah lengkap dos?,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temubual berhubung Pengoperasian Semula Sekolah KPM 2021 yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Nor Zamani berkata, KPM melaksanakan beberapa cara untuk mendepani golongan guru tidak mahu divaksin, termasuk menggariskan panduan khusus bagi memastikan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

Katanya, KPM juga kini dalam proses perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil atau kaedah pengurusan terbaik ke atas golongan guru terbabit.

Menurut Nor Zamani, tugas seorang guru adalah mengajar, justeru jika golongan itu tidak mahu menerima vaksin, KPM perlu mengenalpasti pendekatan bersesuaian bagi memastikan tanggungjawab hakiki mereka dipenuhi.

“Kalau mereka yang tidak mahu divaksin ini dalam kategori disebabkan masalah kesihatan, mungkin lambat laun mereka menerima suntikan.

“Bagi anti vaksin, KPM ada garis panduan prosedur operasi standard (SOP), iaitu mereka masih perlu menjalankan tanggungjawab mengajar dan hadir ke sekolah untuk tugasan tertentu, tetapi tidak diletakkan bersama guru divaksin serta pelajar,” katanya.

Pada program sama, Nor Zamani berkata, KPM menyarankan pengurusan sekolah swasta dan antarabangsa supaya melakukan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit kendiri secara lebih kerap.

“SOP sekolah swasta dan antarabangsa sama seperti sekolah di bawah kendalian KPM, namun pentadbiran adalah secara persendirian.

“Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya mengurus bahagian pendidikan swasta sebelum ini, pengurusan sekolah berkenaan mengambil serius soal keselamatan kerana ada murid mereka dari luar negara,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tempoh kelonggaran pakaian seragam sekolah diberikan kepada pelajar, Nor Zamani berkata, perkara terbabit dilaksanakan sehingga keadaan pandemik semakin pulih.

“Keutamaan KPM adalah mahu melihat pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan selesa dan gembira, selepas sekian lama mengikut pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Pada masa sama, kita tidak mahu membebankan ibu bapa dan penjaga untuk menyediakan kelengakapan sekolah, terutama dalam situasi seragam sedia ada sudah tidak sesuai dipakai,” katanya. - Getaran, 16 September 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 4 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran