web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Seishin' Pemangkin Semangat  Apak Harry Khalifah 

'Seishin' yang bermaksud semangat dalam bahasa Jepun adalah luahan hati Apak Harry apabila diperlekehkan segelintir pihak di media sosial serta dianggap penyebab industri muzik Malaysia tidak maju. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 6:03PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini, ramai perlukan suntikan semangat untuk meneruskan hidup di kala pandemik COVID-19 yang penuh mencabar ini. 

Namun, berbeza bagi komposer, pemuzik dan penyanyi Apak Harry Khalifah. Dia cuba menyuntik semangat juang dalam kerjaya seninya menerusi single terbaru berjudul 'Seishin'.

Menariknya, 'Seishin' juga adalah single instrumental pertama yang dihasilkan Apak Harry terbitan syarikat produksinya sendiri, Padu Records. 

'Seishin' yang bermaksud semangat dalam bahasa Jepun adalah luahan hati Apak Harry apabila dia diperlekehkan segelintir pihak di media sosial serta dianggap penyebab industri muzik Malaysia tidak maju. 

“Saya benar-benar terkejut apabila membaca ciapan di Twitter yang dimuatnaik oleh seorang hamba Allah.

“Postingnya berbunyi: “Selagi ada orang yang bernama Harry Khalifah maka industri muzik Malaysia tak akan maju”.

“Saya tertanya-tanya kenapa dia mengaitkan saya dalam isu ini. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan komposer hebat lain yang banyak bertanding di Anugerah Juara Lagu. 

Malah, ciapan itu turut dimuatnaik di sebuah FB page. Di situ juga saya dikecam hebat. Namun begitu, ramai juga yang menyokong dan paling mengharukan apabila seorang pemuzik legenda, Hassan Babylon telah bersuara untuk membela dan mempertahankan saya,” katanya. 

Berikutan kecaman itu kata Apak Harry, muncul idea untuk menghasilkan single instrumental Seishin.

“Waktu itu saya sedang memetik gitar. Tiba-tiba hadir idea untuk hasilkan lagu ini dan oleh kerana melodinya lebih ke arah Jepun, maka saya tanya kawan-kawan apa perkataan semangat dalam bahasa Jepun. 

“Mereka kata Seishin. Bagi saya ia sesuai dijadikan judul single ini. Masa yang diambil untuk mencipta lagu ini hanya setengah hari dan proses rakaman pula sehari. 

“Saya mainkan sendiri semua instrumen dalam lagu ini iaitu gitar, bass, dram dan keyboard tanpa penglibatan mana-mana pemuzik. 

“Saya mahu meletakkan sepenuh jiwa dalam lagu ini. InsyaAllah, selepas ini saya merancang menghasilkan album instrumental pula dan ia akan dijual atas talian,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai karya terbarunya itu, Apak Harry berkata, dia tidak menggunakan apa-apa rujukan sewaktu menghasilkan Seishin.  

“Saya jarang dengar lagu-lagu dari negara luar termasuk Jepun. Malah, saya belajar main gitar pun dengan memetik lagu-lagu Jawa. 

“Tidak tahulah bagaimana unsur melodi Jepun ini boleh keluar. Saya sendiri pun sukar untuk jelaskan. Apa yang boleh saya katakan ia berlaku secara tidak sengaja," katanya. 

Tidak ambil kisah kecaman segelintir pihak yang melabel dirinya komposer lagu kampung, Apak Harry berkata, setiap indvidu ada cara masing-masing dalam berkarya. Begitu juga dengan dirinya. 

“Setiap karya yang saya hasilkan datang dari jiwa dan ia punca rezeki saya.  

“Terpulanglah nak kata saya komposer lagu kampung atau 'leman'. Jujur, saya bangga bila mereka kata begitu. 

“Sebabnya, daripada lagu-lagu kampung saya inilah orang boleh carik makan. Hal ini terjadi kepada seorang hamba Allah yang mengutuk karya-karya lagu saya.

“Suatu hari, saya nampak dia busking lagu-lagu saya. Saya tidak kisah pun, kalau mahu cari rezeki dengan menyanyikan lagu saya, silakan. 

“Apa yang penting, saya dapat terus berkarya dan bersyukur apabila semakin ramai mengenali lagu ciptaan saya. Malah, saya juga dapat dapat memberikan kontribusi kepada artis-artis baru,” katanya. 

Lebih membanggakan apabila karya Apak Harry turut dinyanyikan artis Indonesia, malah ada yang sanggup membayar hak cipta lagunya.

Buktinya, lagu Dia Milik Orang telah dinyanyikan Anggun Pramudita ft. Bajol Ndanu dan susunan muziknya diberikan suntikan elemen dangdut. 

Dalam perkembangan lain, Apak Harry mahu menghasilkan lagu buat anaknya, Chombi. 

Gambar: Padu Records 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN