web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini 

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 8:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Seribu Tahun’ - Meer Nash

Siapa yang tidak tahu akan lagu sayu berjudul Seribu tahun dendangan asal penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain. Pernah mencipta fenomena dalam dunia muzik Melayu sewaktu mula dimainkan di radio-radio tempatan dahulu, karya itu kini dirakam dan dinyanyikan semula oleh penyanyi yang sedang meningkat naik Meer Nash. Lagu ciptaan penuh Imran Ajmain dan bekas juara Singapore Idol musim pertama Taufik Batisah itu sememangnya puitis dan suara Meer Nash yang merdu memang sesuai dengan lagu ini. Seperti semua lagu rakaman semula, ia pasti akan dibandingkan dengan karya asal namun sejujurnya tidak banyak perbezaan antara kedua-dua versi kecuali susunan muzik. Rakaman Meer Nash memberi ruang kepadanya untuk menyerlahkan vokalnya dan tidak melibatkan banyak sulaman instrumen berbanding karya asal Imran dahulu. Mungkin akan lebih menarik jika Meer Nash menyelitkan beberapa rangkap lagu ini dalam Bahasa Mandarin, bersesuaian dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa tersebut.  

 

‘Haa Aah’ - Kidd Santhe featuring Altimet dan DJ Biggie

Karya hip hop terus mekar dengan gabungan mantap Kidd Santhe bersama Altimet dan DJ Biggie lewat lagu Haa Aah. Dicipta oleh Kidd Santhe dan DJ Biggie sendiri, projek ini dijadikan lebih menarik dengan lirik nukilan Altimet bersama Kidd Santhe. Altimet yang sememangnya terkenal dengan lirik-lirik pedas dan penuh makna tersirat memberikan kelebihan kepada karya ini. Malah, Altimets sempat menjelaskan keadaannya secara langsung dan mengapa dia terbabit dalam projek ini. Muziknya yang segar dan alunan hip hop yang sangat mudah namun mengasyikkan mungkin akan memberi peluang yang lebih besar untuk lagu ini mencuri perhatian peminat dunia hip hop. Bagi saya ia satu karya yang hebat dan sama sekali tidak perlu dipaksa atau dibuat-buat. Syabas Kidd Santhe, Altimet dan DJ Biggie.

 

‘Kamar Sepi’ - Affizy Khairy

Ada sesuatu tentang gaya nyanyian penyanyi baharu bernama Affizy Khairy ini yang mengingatkan saya kepada cara nyanyian Khai Bahar. Mungkin nada suara mereka tidaklah seratus peratus serupa kerana tiada suara di dunia yang mirip seratus peratus namun julat vokal mereka ada persamaan. Apatah lagi karya berjudul ‘Kamar Sepi’ nyanyian Affizy ini berentak balada pop yang mempunyai warna irama seperti lagu-lagu yang sering dibawa Khai Bahar dan penyanyi lelaki lain seangkatannya. Dicipta oleh DeMako, Acap Jalil serta Pujangga Malam dan mendapat sentuhan lirik Pujangga Malam bersama Affizy sendiri, saya tidak terkejut jika lagu ini disukai oleh peminat muzik pop Melayu yang gemarkan lagu ‘jiwang’ dan sedih. Yang pasti Affizy mempunyai suara yang merdu dan hanya nasib mampu menentukan sejauh mana lagu ini boleh bertahan.   

 

‘Semboyan’ - Luanloko

Kolaborasi antara negara sentiasa membuahkan hasil yang tidak dijangka dan lagu berjudul ‘Semboyan’ ini merupakan contoh terbaik. Luanloko merupakan artis hip hop asal Brunei dan lagu ‘Semboyan’ ini adalah ciptaan bintang yang semakin meningkat naik dari Malaysia iaitu Kmy Kmo serta Luca Sickta. Tidak dapat dinafikan, lagu ini ada persamaan dengan karya-karya Kmy serta Luca terdahulu dari segi susunan muzik dan juga konsep lagunya. Namun, apa yang membezakan semestinya suara Luanloko yang agak besar dan bernada bass membuatkan ia seolah-olah kedengaran seperti satu karya yang ‘berat’. Namun, mesej yang disampaikan sebenarnya agak jelas dikias dalam lirik pilihan Kmy serta Luca. Satu lagi percubaan yang baik dari Brunei dan wajar diberi pujian. Menurut sumber dari Brunei, lagu ini sudah mula mendapat tempat di Malaysia dan semoga lebih banyak karya dari Brunei akan bercambah mekar di negara-negara jiran.

 

‘Yang Terhebat’ - Mawar Berduri

Masih ingatkah anda Mawar Berduri bekas ahli kumpulan Ahli Fiqir? Biarpun dirinya kini menetap di Singapura, dia masih meneruskan cintanya terhadap muzik dan terbaharu Mawar Berduri kembali dengan ‘Yang Terhebat’. Sebuah lagu hip hop ciptaan Sazery Suhady, dengan lirik oleh Mawar Berduri sendiri bersama 2KangKata, Mawar Berduri jelas belum hilang durinya dan masih mampu memberikan yang terbaik. Lebih menarik, karya ini memberi peluang kepada Mawar Berduri menyerlahkan variasi bakatnya bukan sahaja dengan menyanyi secara rap tetapi juga menyanyi di bahagian tertentu. Gabungan beberapa rentak berbeza dalam satu lagu juga menjadikan projek ini buah tangan yang luar biasa dan sesuai untuk mengekalkan kedudukan Mawar Berduri sebagai salah seorang senior wanita dalam genre hip hop Melayu. - Getaran, 18 Ogos 2021. 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

'Oppa Malay', Meer Nash Tukar 5 Baju Selama 18 Jam Demi Muzik Video 'Kajima', Seronok Jayakan Watak Bomoh

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Single Terbaharu Affizy Khairi, ‘Ku Bertahan’, Nada Tingginya Sebiji Macam Lagu ‘She’s Gone’!

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN