web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rai Ulang Tahun, Awi Rafael rakam semula ‘Angels or Devils’

Bagaikan mimpi Awi Rafael berpeluang berkolaborasi dengan idolanya, J. R. Richards.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaikan bulan jatuh ke riba, itulah yang dirasi Awi Rafael apabila dapat berkolaborasi dengan idolanya, J. R. Richards, bekas vokalis band rock alternatif Amerika, Dishwalla setelah sedekad bergelar penyanyi dan penulis lagu.  

Sempena ulang tahun yang ke-35 pada 23 Julai lalu, Awi tampil dengan video muzik rakaman semula single ‘Angels or Devils’ yang pernah dipopularkan Richards. 

Dalam temuramah eksklusif bersama Getaran baru-baru ini, Awi berkongi kegembirannya. Pemilik suara serak basah ini turut memaklumkan proses pembikinan video ini cukup bermakna buat dirinya yang merupakan peminat setia Richards sejak remaja. 

“Bagaikan mimpi bila impian jadi kenyataan. Siapa sangka penyanyi dan komposer berpengaruh itu begitu terbuka dan teruja untuk menjayakan kolaborasi ini. 

“Lagu ini antara karya kegemaran saya. Ia banyak mengajar saya supaya tabah mengharungi perjalanan hidup yang berliku dan penuh pancaraboba. Banyak perkara menguji ketenangan jiwa saya.

“Tetapi saya sangat bersyukur kerana dapat lawan semua perasaan tidak enak itu dan keraguan diri malah tidak larut dalam emosi ketika berdepan semua ujian sebelum ini. 

“Lagu ini menjadi sumber inspirasi untuk saya berusaha ke arah lebih baik selain belajar untuk menerima ketentuan Tuhan serta bersyukur atas semua nikmat yang diberi. Ia turut membuka mata saya agar membuat pilihan terbaik dalam apa jua perkara,” kata Awi.

Bagi memberi nafas baharu kepada lagu ini, Awi menyuntik bunyi nusantara serta menyelitkan lirik Bahasa Malaysia.

“Proses perbincangan ambil masa lebih setahun dan kerja rakaman hanya disempurnakan tahun seterusnya.

"Untuk mencari kelainan saya masukkan bunyi muzik nusantara dan tukar beberapa bahagian lirik kepada bahasa kita," katanya. 

Ditanya sama ada dia pernah bertemu Richards sebelum kolaborasi ini, Awi berkata mereka bersua muka sehari sebelum rakaman dan sebelum itu hanya berhubung menerusi telefon, pesanan teks dan media sosial. 

“Alhamdulillah, proses rakaman dapat direalisasikan pada 2019 di Abbey Road, London. 

“Saya sangat berbesar hati kerana dapat melakukan rakaman di studio ikonik ini. Belum pernah lagi orang Malaysia dan Singapura membuat rakaman di sini. Ini membuktikan kita mampu pergi jauh," katanya.

Berkongsi perkembangan lain, Awi dalam perancangan untuk menonjolkan keunikan muzik tempatan di peringkat global melalui beberapa projek bawah syarikat miliknya, Newsantara.

“Kerjasama dengan Richards hanya permulaan bagi saya. Kami turut merangka perancangan lebih besar membabitkan penyanyi tempatan dan antarabangsa. 

“Selain mempertaruhkan bakat tempatan di luar negara, kami turut menyusun strategi untuk membawa masuk pemuzik antarabangsa ke Malaysia untuk projek kolaborasi berikutnya.

“Mana tahu kita dapat menarik perhatian penyanyi terkenal antarabangsa untuk bekerjasama dengan artis tempatan satu hari nanti. ‘Possibilities are endless’, kami hanya perlu yakin dan percaya dengan diri sendiri,” ujarnya.

Rakaman semula single ‘Angels or Devils’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music.- Getaran, 11 Ogos 2021

Gambar: Newsantara

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN