web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Bukan Milikku’ -  Muna Shahirah

Sebuah lagi balada pop persembahan syarikat rakaman FMC menyertai ruang udara radio tempatan. Kali ini lagu berjudul ‘Bukan Milikku’ menyaksikan penampilan salah seorang artis wanita mereka yang bernama Muna Shahirah. 

Mungkin belum dikenali ramai seperti rakan senaungannya Wany Hasrita, namun Muna juga mempunyai suara yang sangat merdu dan menyenangkan. Ditambah dengan melodi gubahan Ikhwan Fatanna bersama Wan Salleh dan lirik oleh Ikhwan Fatanna juga, lagu ini nampaknya ada potensi menjadi runut bunyi untuk drama-drama Melayu hari ini. 

Berkat irama balada yang mesra peminat Melayu umum dan lirik cinta sedih nan sayu ‘Bukan Milikku’ mampu mengikuti jejak langkah lagu terbitan FMC terdahulu seperti ‘Menahan Rindu’ dan seumpamanya.

 


'Cinta Syurgaku' – Zareef Sein

Selepas bakatnya dikesan lewat rancangan TV realiti ‘Vokal Mania’ (2020) dan pernah membuat sedikit kontroversi apabila mengalahkan vokalis hebat Aina Abdul di dalam program tersebut, pendatang baru Zareef Sein kini muncul dengan single sulungnya. 

Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh dirinya sendiri, ‘Cinta Syurgaku’ menawarkan sesuatu yang segar dan mudah dinikmati.

Dengan rentak muzik rancak, suara merdu Zareef dan konsep yang sedikit berbeza daripada apa yang sering kita dengar, karya ini juga wajar diberi peluang untuk melangkah lebih jauh. Semoga para pendengar dapat menikmati lagu pertama Zareef Sein ini.

 

 

‘Jangan’ – Syakirah Noble

Tidak mengenal erti putus asa, bekas peserta akhir ‘Anugerah’, rancangan TV realiti Singapura Syakirah Noble terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu berkualiti tanpa henti. Terkini muncul dengan album penuh berjudul Timbres, Syakirah menampilkan single bertajuk ‘Jangan’ sebagai pembuka bicara. 

Dicipta bersama rakan duetnya Ashidy Ridwan yang pernah bergabung dalam lagu hebat bertajuk ‘Kisah Kita’, ‘Jangan’ juga tidak kurang ‘taring’nya. Irama R&B pop yang lebih moden dan segar yang ditampilkan dalam lagu ini merupakan sesuatu yang dicari dalam lambakan balada pop sedia ada di pasaran.

Ditambah pula dengan soul dan attitude yang dimasukkan dalam nyanyian serta selingan rap Bahasa Inggerisnya, lagu ini wajar masuk dalam senarai main anda! Syabas Syakirah.

 

 

‘Mereng’ – Bunga

Sejak tampil masuk ke dalam industri muzik tempatan penyanyi rap berhijab pertama Malaysia, Bunga terus melawan arus dan berani muncul dengan lagu-lagu yang menarik. Selepas bergandingan dengan Noraniza Idris tidak lama dahulu, Bunga kali ini mempersembahkan single solonya yang bernama ‘Mereng’. 

Dicipta oleh Bunga sendiri bersama, John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong, lagu ini juga sangat menghiburkan. Irama hip hop yang ditonjolkan kedengaran ‘comel’ berkat imej dan suara Bunga namun tetap ada unsur nasihat dalam lirik yang dilantunkan. 

‘Mereng’ juga merupakan runut bunyi untuk telemovie yang akan datang yang berjudul Holiday Aji Tom. Potongan babak telemovie Holiday Aji Tom diselitkan di dalam video muzik rasmi ‘Mereng’ yang menampilkan Jalil Hamid, Syafiq Kyle dan Bunga sebagai pelakon Holiday Aji Tom.

 

 

‘Trauma’ – Aznniel Yunus dan Atikah Thane

Lagu Brunei pilihan kami minggu ini menampilkan sebuah single bertajuk ‘Trauma’ nyanyian Aznniel Yunus serta Atikah Thane. Karya ciptaan Juan Madial dan Aznniel Yunus ini sendiri benar-benar menghiburkan dan ada sedikit kelainan walaupun jangka waktunya tidak sampai tiga minit.

Irama mid-tempo moden dan tetap kontemporari ini beralun segar dan mempunyai hook atau pautan yang mudah diingati. Malah suara kedua-dua vokalisnya menyemarakkan lagi gubahan lagu ini.

Dengan susunan muzik yang baik dan kekuatan melodi kami rasa jika lagu ini diperdengarkan di Malaysia, pasti ramai peminat yang akan menyukainya. – Getaran, 7 Jul 2021


 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Muar, Syurga Makanan Asli Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Walaupun Kena Saman, Hormat Perlu Ada...

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Punya Pasal, Pemain Dan Jurulatih Kejar Pengadil

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN