web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Jatuh Boi' - YHB Sleepsalot  ft. SonaOne

Baru sahaja menjadi wajah TARA kami hujung minggu lalu, bintang hip hop terkini Singapura YHB Sleepsalot membuktikan dirinya boleh menggegarkan arus hip hop di Singapura dengan pelancaran lagu terbaharunya 'Jatuh Boi' yang dihasilkan oleh bintang hip hop Flightsch dan RIIDEM.

'Jatuh Boi' umpama lagu pilihan bagi sesiapa sahaja yang telah melalui masa-masa sukar dan ingin melupakan saat sukar tersebut.

Lagu ini adalah kolaborasi rasmi pertamanya bersama rapper tersohor SonaOne dan mereka dikatakan membuat lagu ini dalam masa 24 jam melalui laman Zoom.

Dengan pesanan supaya tidak menyerah kalah dan bangkit kembali ketika jatuh, lagu ini lengkap dengan korus bersulam irama pop yang senang diingati dan muzik hip hop yang menghiburkan.

 

 

'Warna-Warni' – Aina Abdul dan Daniesh Suffian 

Rancak dan menghiburkan. ‘Warna- Warni’ menggabungkan dua suara dengan karakter yang berbeza berkat vokal hebat Aina Abdul dan juga Daniesh Suffian.

Ia merupakan hasil ciptaan tiga komposer dan penulis lirik terkenal dan berpengalaman iaitu Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Liriknya mudah dan sesuai buat golongan muda untuk mengingati dan lebih menarik lagi iramanya yang moden dan menghiburkan membuat anda ingin menari dan menyanyi bersama. Cubaan yang memberangsangkan untuk dua bintang ini.

 

 

'Seru'  – Xpose  

Sebuah lagu rock muncul di tengah-tengah kebanjiran irama hip hop hari ini. ‘Seru’ menyaksikan kumpulan Expose mendendangkan sebuah lagu bergenre pop rock Melayu.

Dicipta oleh Eppy XPOSE dengan lirik oleh Furhan XPOSE, melodinya mirip lagu rock yang pernah kita dengari sebelum ini di mana muzik beralun perlahan di awal pembukaan dan meluncur naik dengan vokal bernada tinggi ke arah korus.

Yang pasti vokalis utama kumpulan ini mempunyai suara yang agak bagus untuk lagu dalam kategori ini dan kami tidak terkejut jika lagu ini tiba-tiba menjadi popular di kalangan peminat genre muzik sedemikian.

 

 

'Saranghae' – Meernash

Seperti judulnya, lagu ini mempunyai unsur muzik K-pop yang agak ketara. Apatah lagi dengan penyanyinya Meernash yang mula mendapat gelaran ‘Oppa Malay’ ketika menyertai program ‘I Can See Your Voice Malaysia’ (ICSYVMY) tahun lalu.

Dicipta oleh Meer Nash dan Rafiq Zahri berserta lirik olahan Bella Iris dan Meer Nash sendiri, lagunya memang rancak dan penuh nuansa dansa.

Kemungkinan besar mendapat tempat di corong radio berkat muzik dan ketampanan penyanyinya, ia merupakan satu taruhan yang agak bijak oleh pihak syarikat rakaman.

 

 

'Sedih' – Qeez Idrus

Sejak mula berkenalan dengan Brunei beberapa minggu lalu, kami juga mula mengenali artis-artis tempatan mereka serta genre muzik yang mereka hasilkan.

Ternyata penemuannya agak menakjubkan. Seperti rakan-rakan serumpun kita di Indonesia, para vokalis Brunei mempunyai suara yang luar biasa. Ini terbukti lagi minggu ini lewat karya berjudul ‘Sedih’ nyanyian Qeez Idrus.

Bukan sahaja suaranya unik bertaraf antara bangsa malah muziknya juga sesuai dengan citarasa masa kini. Lagu ciptaan Juan Madial ini mendapat sentuhan lirik Qeez sendiri bersama Juan Madial.

Karya yang sangat menghiburkan, kami harap lagu ini dapat diminati oleh para peminat di Malaysia dan Singapura juga. Tahniah Qeez! – Getaran, 23 Jun 2021.



 

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN