web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Griff Melangkah Yakin Dengan ‘One Foot In Front Of The Other’

Kenali Griff, penyanyi Asia pertama dan termuda untuk memenangi Anugerah Rising Star Awards di BRIT Awards

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu ‘Black Hole’ nyanyian Griff telah mencipta nama di carta muzik antarabangsa dan disenaraikan sebagai ‘Radio 1’s A List ‘di stesen radio, BBC Radio 1.

Single hit ini pantas menjadi siulan anak muda sekali gus membuatkan Griff mengecap populariti sepantas kilat. Meskipun baru sahaja berusia 20 tahun, kejujuran dan gaya penulisan muziknya membuat ramai orang jatuh cinta apabila mendengarnya. 

Untuk pengetahuan semua, Griff merupakan pemenang termuda dan penyanyi Asia pertama untuk memenangi anugerah Rising Star Awards di BRIT Awards. Apa yang menakjubkan lagi, anugerah ini pernah dimenangi oleh artis-artis terkemuka di industri muzik seperti Adele, Sam Smith dan Jorja Smith. 

Kini, Griff mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul ‘One Foot in Front of the Other’ yang dihasilkan dan diterbitkan olehnya sendiri ketika berada dalam lockdown di England.

Baru-baru ini kami sempat menemu ramah Griff secara eksklusif lewat panggilan video Zoom kelolaan syarikat rakaman Warner Music. Dalam wawancara ini Griff telah berkongsi tentang lagu terbaharunya dan beberapa perkara lain.

Apakah perbezaan single ‘Black Hole’ dan ‘One Foot in Front of the Other’?

Lagu ‘Black Hole’ ditulis ketika saya mengalami patah hati dan sering berasa sedih. Saya ingin meluahkan semua isi hati dan perasaan ke dalam sebuah lagu dan menjadikannya sebagai ‘breakup anthem’.

SingleOne Foot In Front Of The Other’ pula lebih optimistik. Ia mengubah situasi dan menceritakan usaha untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan tanpa kehadiran bekas kekasih.

Bagaimana perasaan anda memenangi Anugerah Rising Star Awards di BRIT Awards?

Sejujurnya saya tidak tahu bahawa lagu saya berkelayakan untuk bertanding dalam pencalonan anugerah ini, lebih-lebih lagi selepas melihat senarai penuh pencalonannya.

Sampai ke hari ini saya masih terkejut dan tidak tahu bagaimana saya berjaya memenangi anugerah prestij ini. Apatah lagi apabila saya mendapat hadiah sejambak bunga dan nota sokongan daripada idola saya, Taylor Swift.

Saya berasa sangat terharu dan bangga dengan team saya kerana sentiasa menjadi sumber dorongan dan inspirasi untuk saya mencapai bintang. 

Apa yang membuatkan anda ingin menghasilkan sendiri busana persembahan untuk BRIT Awards?

Saya sudah lama belajar menjahit dan selalu menghasilkan baju sendiri. Justeru itu, saya ingin memakai gaun yang mempunyai sentuhan peribadi dalam persembahan pertama saya di pentas besar ini.

Saya terpaksa membahagikan masa antara sesi latihan persembahan dan menjahit busana tersebut yang mengambil masa beberapa hari.

Mengapa Griff memotong kepingan ‘backdrop’ pentas persembahan di BRIT Awards?

Saya berasa ia menjadi satu pembaziran jika kami membuangnya begitu sahaja memandangkan perancangan reka bentuk panggung tersebut mengambil masa berbulan-bulan.

Oleh sebab acara tahun ini tidak terbuka kepada publik, kami ingin menghadiahkan kepingan tersebut kepada para peminat sebagai cenderahati persembahan di BRITS.

Macam mana Griff mula terlibat dalam dunia muzik?

Saya mula meminati muzik sejak kecil setelah mendengar lagu-lagu Stevie Wonder yang dimainkan oleh ibu bapa saya. Pengaruh muzik mereka banyak mempengaruh dan menambahkan lagi minat saya terhadap dunia muzik dengan lebih mendalam.

Ketika berumur 18 tahun, saya ditawarkan kontrak rakaman bawah naungan Warner Records dan terhasilah EP perdana bertajuk ‘The Mirror Talk’.

Dalam perjalanan di industri ini, saya berpeluang berkolaborasi dengan ramai artis ternama dan berbakat seperti Zedd, Honne dan juga pernah menulis lagu ‘I Love You’s'  untuk Hailee Steinfeld.

Single terbaharu Griff berjudul ‘One Foot in Front of the Other’ boleh didengar di pelbagai platform penstriman seperti Spotify dan Apple Music. – Getaran, 23 Jun 2021

Semua gambar: Warner Music





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan UK, Ireland Tuan Rumah Euro 2028 Diumum Secara Rasmi Selasa 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN