web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Cokelat Bakal Bikin Konsert September Hadapan

Selepas 14 tahun tidak menemui peminat di sini, Cokelat ingin mengubat kerinduan peminat

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 8:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan muzik Indonesia, Cokelat yang popular dengan lagu Karma bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September, bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Kumpulan yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) ini mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. 

Melalui hantaran media sosial, kumpulan ini berkongsi terujaan mereka untuk kembali menghiburkan peminat mereka di sini.

“Sudah 14 tahun lamanya sejak Cokelat mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Sungguh kami rindu untuk dapat berjumpa kembali dengan semua penggemar kami di Malaysia. Terutamanya, kerana kali ini kami akan datang dengan anggota asal Cokelat,” tulis mereka.

Vokalis Cokelat, Kikan menambah, mereka berharap konsert yang dijadualkan pada September itu mampu mengubat kerinduan peminat-peminat setia. 

“Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia. Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat,” ujarnya yang dahulu mengundurkan diri kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga. 

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services selaku penganjur konsert Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Tanjak Global Services juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun.

"Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

"Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun," katanya.

Selain Karma, Cokelat juga popular dengan lagu Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. 

Tiket untuk konsert telah mula dijual mengikut beberapa kategori yang dinamakan mengikut lagu-lagu popular Cokelat, dan boleh didapati di menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia.

Kategori Karma dijual pada harga RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing),Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan ada juga tiket VIP yang berharga RM380 untuk seorang. - Getaran, 15 Jun 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Penganjur Digesa Libatkan Artis Tempatan Dalam Konsert Bersama Artis Luar Negara - Mohammad

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Penganjur Konsert Cari Makan, Tak Timbul Isu Artis Tempatan Tenggelam Kerana Konsert Artis Luar – Annuar Musa

3

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Selera Di Getaran - EP.07 Resipi Choco Jar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang