web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Konsert Cari Makan, Tak Timbul Isu Artis Tempatan Tenggelam Kerana Konsert Artis Luar – Annuar Musa

Artis tempatan bebas mengadakan konsert, namun pada masa yang sama kita tidak boleh menutup pintu jika ada penganjur yang ingin menjemput artis luar.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 4:07PM

Walaupun banyak artis luar yang dibawa masuk untuk mengadakan konsert di Malaysia, namun mereka semua perlu melalui beberapa syarat dan prosedur yang ditetapkan PUSPAL (Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) - Gambar Hiasan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat lambakan konsert dari negara luar dalam tempoh beberapa bulan ini telah menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan pemain industri tempatan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa beranggapan ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan.

Annuar menegaskan artis di Malaysia bebas melakukan konsert pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Namun, kita juga perlu memahami akan perniagaan para penganjur konsert yang membawa masuk artis negara luar ke Malaysia.

“Penganjur yang membawa artis luar negara ke Malaysia, perniagaan mereka juga terjejas akibat pandemik. Jadi apabila konsert sudah boleh dilakukan di negara kita, sudah tentu mereka akan menjemput artis luar dan secara tidak langsung kita lihat banyak konsert mereka di Malaysia.

“Para artis tempatan kita bebas nak adakan konsert pada bila-bila masa. Jadi tidak timbul isu artiskita tenggelam kerana lambakan konsert artis luar. Kita tak boleh jadi negara yang hidup dalam ruang lingkup sendiri dan tidak terbuka kepada peredaran kreativiti global,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Anugerah Seri Angkasa baru-baru ini.

Annuar Musa - Gambar Fail
Annuar Musa - Gambar Fail

Walaupun banyak artis luar yang dibawa masuk untuk mengadakan konsert di Malaysia, namun mereka semua perlu melalui beberapa syarat dan prosedur yang ditetapkan PUSPAL (Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara).

“Artis luar yang ingin mengadakan konsert, mereka semua masih perlu melalui permohonan yang kita selaraskan dengan PUSPAL. Ada 16 agensi yang turut memantau dan menapis konsert-konsert artis luar ini.

“Jadi persembahan mereka di luar negara akan berbeza dengan persembahan negara kita kerana kita memberi garis panduan dan syarat seperti cara berpakaian, dialog, cara persembahan yang disesuaikan dengan nilai yang diamalkan oleh masyarakat tempatan. 

“Di negara lain mereka bebas minuman keras dan berpakaian apa sahaja, namun di Malaysia ada garis panduan dan mereka mesti mematuhinya. Dulu pernah ada artis luar yang dialognya seolah bercakap mengenai LGBT semasa konsert, jadi kita beri amaran,” tambahnya. - Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang