Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muzium Bertemakan Muzik Bakal Beroperasi Semula

PHOM dijangka guna model perniagaan baharu, tidak mahu terlalu bergantung kepada  subsidi kerajaan

Muzik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 4:06PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Muzium bertemakan muzik, Penang House of Music (PHOM) bakal menemui jalan penyelesaian selepas terpaksa menghentikan operasi baru-baru ini ekoran berdepan masalah kewangan.

Difahamkan, sebuah entiti korporat sedang berbincang dengan pengasas PHOM serta rakan kongsinya untuk membuka semula tarikan sejarah di Pulau Pinang itu. 

Perbincangan itu dikatakan berkisar kepada aspek kelestarian menggunakan model perniagaan baharu supaya PHOM mampu bergerak sendiri berbanding terpaksa bergantung kepada subsidi daripada kerajaan, sejak ia mula membuka pintunya kepada orang ramai pada 2016.

Pengasas PHOM, Paul Augustine yang mengesahkan mengenai perbincangan berkenaan, bertegas bahawa masih terlalu awal untuk pusat tarikan itu dibuka semula tahun ini.

“Ada dua perkara yang perlu diberikan tumpuan. Perkara pertama adalah lokasi baharu bagi membolehkan ia mudah dikunjungi dan perkara kedua, ia perlu dipacu oleh sektor swasta. 

Walaupun kami menghargai bantuan daripada sektor awam, kami tidak dapat mencari kewajaran untuk terus beroperasi di Komtar,” katanya.

Augustine berkata, PHOM juga sedang menyelesaikan tunggakan sewa dengan pemiutang, sebuah agensi hartanah di Komtar, yang bertanggungjawab untuk mengutip sewa.

“Kami berharap satu penyelesaian dapat dicapai supaya kami dapat bergerak ke hadapan. Saya sangat berterima kasih apabila pemilik unit bersedia untuk berunding mengenai penyelesaian pembayaran,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini dilaporkan terpaksa menghentikan geran tahunan bernilai RM500,000 selepas PHOM dikenakan tindakan saman kerana tidak menjelaskan sewa bulanan dengan tunggakan yang dikatakan hampir mencecah RM400,000, sejak ia mula beroperasi pada 2016.

Augustine berkata, tunggakan itu mula bertapuk selepas geran lambat diterima, selain kos operasi yang lebih tinggi terutama akibat penularan COVID-19.

PHOM yang ditubuhkan ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pada mulanya menerima geran pemula berjumlah RM3 juta daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk beroperasi di ruang komersial di Komtar. 

Komtar yang juga menjadi menara tertinggi di utara tanah air, menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri dengan lima tingkat pertama dikhaskan untuk lot komersial dan ruang terbuka untuk penjaja. 

Bagaimanapun, nilai ruang komersial di menara berkenaan semakin merosot sejak 30 tahun kebelakangan ini, ekoran pembukaan pusat beli belah baharu serta pembelian dalam talian. 

Nasib yang menimpa PHOM turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang pernah melawat sendiri premis itu sebelum ia menghentikan operasinya.

Fahmi kemudian mengarahkan agensi berkaitan kerajaan, My Creative Ventures Group mengkaji peluang untuk menyelamatkan pusat tarikan itu berikutan nilai sejarahnya yang berkait rapat dengan persembahan seni dan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif My Creative, Datuk Muhammed Bakhtiar Wan Chik, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, sebelum ini mencadangkan supaya PHOM dipindahkan ke Lembah Klang kerana pasaran komersial yang lebih besar di situ.

Sementara itu, Augustine mendedahkan masalah yang dihadapi penyanyi veteran tempatan, Ray (Raymond) Rozells, yang sedang dirawat di Hospital Adventist di sini.

Seperti kebanyakan artis seni persembahan, beliau berdepan dengan masalah kewangan berikutan pendapatan yang terhad dalam bidang hiburan.

Justeru, satu kempen kutipan derma akan diadakan bagi membantu penyanyi veteran itu, yang sebelum ini sering mengadakan persembahan di pelbagai premis hiburan, kempen amal dan acara korporat sejak dua dekad lalu, sekembalinya beliau dari Amerika Syarikat.

Bagi membantu Ray, satu konsert amal bagi mengutip derma akan diadakan di Hotel Citadines Connect di George Town, yang diketuai rakan baiknya Jasmi Budin, pada 13 Mei ini. – The Vibes, 13 April 2024

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 22 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 2 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

oleh Wartawan Hiburan Getaran