web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Ijmal Cinta Ramadan Bawa Datuk Hattan, Ella, Dan Aris Ariwatan

Sebuah konsert untuk berhibur sambil beramal kerana banyak pengisian untuk menambah pahala.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:05PM

Datuk Hattan, Ella, Dan Aris Ariwatan bakal memeriahkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan pada 23 Mac ini.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang dijadualkan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada 23 Mac nanti pasti mengundang pelbagai reaksi kepada orang ramai.

Ini kerana Ramadan adalah bulan mulia dan diisi dengan pelbagai amal ibadah bagi mengumpul pahala dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan dengan aktiviti hiburan.

Nanti dulu, jangan cepat buat kesimpulan, kerana penganjur HS Event & Ent Sdn Bhd menjelaskan Konsert Ijmal Cinta Ramadan bukanlah sebuah persembahan berbentuk hiburan semata-mata.

Wakil pihak penganjur, Mubarak Akhtar, berkata, sebaliknya konsert itu sarat dengan nilai-nilai spiritual yang sesuai dan bermakna dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Pada tarikh itu nanti, kita akan adakan tadarus Al-Quran dan tazkirah pada sebelah petangnya, iaitu sebelum kita semua bersama-sama berbuka puasa. Kemudian, kita akan solat Maghrib secara berjemaah.

“Kita juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan. Ia diikuti dengan, solat Isyak dan Tarawih. Selesai semua ini,  barulah kita tampilkan persembahan artis-artis yang terlibat,” katanya.

Menurutnya lagi, penganjur juga tidak akan melupakan insan seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan.

“Pada acara ini juga, kita turut meraikan 10 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan untuk kita berikan sumbangan.

“Semoga ia dapat membantu meringankan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan bakal menampilkan barisan penyanyi lagenda tanah air seperti Datuk Hattan, Ella dan Aris Ariwatan.

Pemilihan nama-nama ini dibuat kerana penganjur percaya ketiga-tiga mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri, selain kesudian mereka untuk terbabit dalam persembahan istimewa ini.

Tiket menerusi penjualan meja dijual pada harga RM15,000 (Table VVIP); RM12,000 (Table VIP); RM8,000 (Table Platinum); RM6,000 (Table Gold) dan RM4,000 (Table Silver).

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi Ain di talian 012 972 1125 dan Shasha 019 769 5588. – Getaran, 5 Mac 2024

Foto : HS Event & Ent Sdn Bhd

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN