web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep Gores Dan Menang Untuk Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter

Wings janjikan sebuah persembahan yang lebih hebat dan gempak demi mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan kehadiran mereka di pulau itu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir 30 tahun tidak mengadakan konsert di kawasan ‘Tanjung’ atau seberang pulau di Pulau Pinang, kumpulan Wings kini begitu teruja untuk beraksi bagi menghiburkan peminat yang berada di utara.

Hanya pada tahun lalu, 'sayap' mereka singgah beraksi dalam Konsert Mega Marhaen @Mid Town Perda, Pulau Pinang yang menyaksikan kehadiran ramai penonton walaupun hujan lebat.

Justeru satu perancangan rapi disusun, maka tercetuslah idea menganjurkan konsert yang lebih gah iaitu Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter yang akan berlangsung pada 24 Februari ini, bertempat di SPICE Arena Penang.

Kehebatan siri The Rock Emperor ini sudah diakui menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Untuk itu, vokalis Wings, Datuk Awie menjanjikan persembahan yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih menghiburkan buat peminat di Pulau Mutiara.

"Jom...orang-orang Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan di mana sahaja. Datang saksikan persembahan Wings pada 24 Februari nanti.

“Saya bersama Eddie, Black, Sham dan Edrie sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anda. Maklumlah kami pun sudah lama tidak beraksi di sini. Sudah pasti kami akan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Awie berkata, persembahan di Pulau Pinang memang ditunggu-tunggu kerana ia mampu mengimbas kembali saat-saat kemunculan awal Wings di persada seni tanah air, pada 37 tahun lalu.

"Kami diterima baik oleh peminat di sini dan kehadiran mereka di konsert-konsert kami tidak pernah mengecewakan. Justeru inilah juga harapan kami menerusi konsert kali ini," ujar Awie.

Sebagai bukti kesungguhan mereka mempromosikan Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter, Awie dan empat rakannya turun padang bertemu peminat di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Mydin Mall, Jalan Baru Bukit Mertajam dan AEON Mall Taiping pada Sabtu dan Ahad lalu.

Demi satu kelainan, Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter juga akan tampil dengan kelainan apabila Wings mengetengahkan konsep Gores & Menang kepada penonton.

"Untuk setiap tiket yang dibeli, peminat boleh gores dan berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik jika bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor,” katanya.

Ia merangkumi semua kategori tiket, daripada yang berharga RM95 hinggalah ke lebih RM300 manakala barangan yang untuk dimenangi itu termasuk barangan ‘prelove’ anggota Wings.

Tiket-tiket boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia. – Getaran, 7 Februari 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN