web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:39AM

Jaclyn Victor bersama hadiah yang dimenanginya. - gambar Amirah Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam tadi.

Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Switzerland tajaan Kaki Jalan, trofi serta hadiah lain.

Mempersembahkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan serta lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah, ibu kepada dua anak ini sememangnya tidak menjangka akan bergelar juara sekali lagi.

Jac yang juga bekas juara Malaysian Idol musim pertama turut mendendangkan lagu Let's Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink, untuk segmen ‘battle’.

Jac mempertaruhkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan, lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah serta lagu Let's Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink, untuk segmen ‘battle’. - gambar Amirah Abu Bakar
Jac mempertaruhkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan, lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah serta lagu Let's Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink, untuk segmen ‘battle’. - gambar Amirah Abu Bakar

“Sejujurnya, saya tidak mengharapkan kemenangan tetapi hanya ingin membuat persembahan yang terbaik untuk minggu akhir.

“Pentas ini lebih besar dari pentas sebelumnya, jadi saya selalu pesan pada diri untuk buat yang sehabis baik dan jangan hanya kejar untuk menang,” katanya.

Menurut Jac lagi, hadiah kemenangannya akan diberi kepada anak-anak untuk masa depan mereka.

“Sama seperti musim lepas, saya akan berikan seluruh wang kemenangan kepada anak-anak.

“Sebagai penyanyi, saya tidak mempunyai gaji tetap, jadi inilah usaha yang boleh saya buat demi masa depan anak-anak saya,” katanya.

Pentas akhir All Starts Gegar Vaganza turut menyaksikan tujuh lagi finalis lain iaitu Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Azharina, Tomok dan Naqiu yang turut menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Biarpun menduduki tempat ke-5, Naqiu turut menerima hadiah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Bos Susu dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta Bintang Cuckoo Paling Gempak di awal program.

Manakala Siti Nordiana menjadi pilihan peminat untuk menerima Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi.

Jac yang menduduki tangga teratas dengan markah 80.10 peratus markah, diikuti Hady Mirza dengan markah 75.74 peratus, Nikki Palikat (73.18 peratus), Liza Hanim (72.35 peratus), Naqiu (72.18 peratus), Tomok (71.46 peratus), Azharina (69.64 peratus), dan Siti Nordiana dengan markah 61.14 peratus.

Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella manakala ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – Getaran, 11 Disember 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad