web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pedas - Wany Hasrita Featuring Sophia Liana

Akhirnya sesuatu yang lebih segar dan berbeza daripada Wany Hasrita. Biarpun sinonim dengan balada-balada pop Melayu sejak memasuki industri seni suara tempatan, Wany memang menyimpan hasrat untuk menjenamakan dirinya semula dan ternyata ini satu langkah yang positif. Melalui 'Pedas' Wany berjaya menampilkan sisi yang berbeza sambil bermain dengan irama hip hop yang lebih moden. Ditambah dengan penampilan Sophia Liana yang tidak asing lagi dalam dunia hip hop, lagu ciptaan Shazee bersama lirik Altimet serta Sophia Liana ini mampu memberikan satu kelainan. Syabas Wany dan Sophia!

Kuasa - Salammusik

Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baharu mereka 'Kuasa'.  Lagu yang menyuarakan perasaan mereka terhadap penindasan penduduk Palestin ini mempunyai mesej yang kuat dan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Salam sendiri. Tidak lari dari konsep muzik yang mereka sering perjuangkan, lagu ini menjadi keluaran kedua Salammusik dalam tempoh masa sebulan, selepas 'Galaksi Rindu'. Kami yakin lagu ini mampu membuat golongan muda sedar dengan situasi semasa dunia hari ini.

Lai Lah - MeerFly Featuring Caprice dan Cherry

Musim lagu hop hop kian meranum. Dengan lambakan lagu yang ada di pasaran tempatan MeerFly turut menyertai kemeriahan ini dengan mengajak Caprice dan juga penyanyi rap berbangsa Cina, Cherry untuk turut serta. Gabungan tiga artis ini menjadikannya satu karya yang hebat dengan alunan melodi mengasyikkan selain sulaman bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin di dalam rentak hip hop ini. Ciptaan MeerFly sendiri dengan lirik oleh MeerFly, Caprice, serta Cherry lagu ini ada harapan besar jika diberi putaran radio sewajarnya.

Nada Kalbu - Aina Abdul

Sebuah lagi balada ciptaan komposer berbakat Farouk Roman menjengah pasaran muzik Melayu dan kali ini penyanyi bersuara hebat Aina Abdul menjadi taruhan untuk melagukan karya ini. Dengan sentuhan lirik Aisha Retno dan Aina sendiri, lagu ini sememangnya akan ada kelebihan berkat vokal penyanyinya yang berbakat. Namun jika dibandingkan balada-balada ciptaan Aina sendiri sebelum ini, lagu ini kurang menyengat kerana mirip dengan beberapa balada yang pernah kita dengari. Sungguhpun begitu kami yakin peminat tegar Aina Abdul akan tetap memutarkan lagu ini kerana suaranya yang mantap. Apatah lagi, lagu ini juga menjadi runut bunyi siri drama 'Masih Ada Rindu'.

 

Emosi - Benzooloo featuring Khody

Merdu. Itu yang boleh kami simpulkan tentang karya hip hop R & B yang menjadi runut bunyi drama 'Scammer' ini. Farouk Roman sekali lagi menunjukkan kehebatannya mencipta muzik dan jika sebelum ini sering melahirkan balada-balada indah, Farouk tampilkan sisi berbeza buat lagu untuk Benzooloo yang menampilkan Khodi ini. Dengan sentuhan lirik Benzooloo dan Aisha Retno sekali lagi, yang sering bergandingan dengan Farouk sejak kebelakangan ini, karya ini nampaknya ada potensi besar. Selain korus yang sedap dan mudah dinyanyikan, sindiran di dalam lagu ini juga menjadi. Ia turut memberi peluang untuk Aisha Retno mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai seorang penulis lirik berkaliber. Satu pakatan pintar yang hebat. Tahniah Benzooloo, Khodi, Farouk dan Aisha! - Getaran, 26 Mei 2021. 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN