web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembali Satukan Artis Nusantara Dalam Festival Muzik, Nusa Fest Bakal Dijayakan 14 Artis Termasuk Search, Wings Dan Butterfingers

Nusa Fest kembali menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula jam 12 tengah hari.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 10:00AM

Search, Wings dan Butterfingers sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama rasanya, artis nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan Nusa Fest!

Dianjurkan Shiraz Projects Sdn Bhd, Nusa Fest kembali menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula jam 12 tengahari. 

Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara apabila menampilkan Search, Wings dan Butterfingers sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti.

Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin Nusa Fest kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia. 

Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, Nusa Fest akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir Nusa Fest,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Nusa Fest melalui Panggung Nusa yang memiliki dua pentas bersebelahan dengan persembahan tanpa henti akan yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura). 

Selain Search, Wings dan Butterfingers, artis daripada Malaysia yang lain terdiri daripada Kugiran Masdo, Salammusik, Forceparkbois, Iqbal M., White Percussion Unit, Jemson, Budak Nakal Hujung Simpang, Gerhana Ska Cinta serta Monoloque. 

Artis daripada Indonesia adalah Fourtwnty, Barasuara, Pusakata, Efek Rumah Kaca, Kelompok Penerbang Roket, The Changcuters, Burgerkill, Seringai, Diskoria, Dipha Barus dan Ras Muhamad. Manakala artis Singapura yang ditampilkan adalah The Pinholes. 

Selain konsert persembahan  muzik bagi acara Panggung Nusa, aktiviti lain yang turut disediakan di Nusa Fest adalah Pasar Nusa yang memaparkan  hasil seni dan kraftangan dari Nusantara serta Warong Nusa yang menyediakan pelbagai jenis makanan.

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di www.myticket.asia. – Getaran, 28 Jun 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN