web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Kendati' (versi duet) – Amylea dan Rian Shain

Versi solo asal nyanyian Amylea sebelum ini disukai oleh ramai juga pencinta balada moden dan benar-benar menyerlahkan bakat nyanyian selain penulisan Amylea. Namun kemunculan versi duet ini juga tidak kurang hebatnya kerana suara Rian Shain menyuntik sesuatu yang segar dalam alunan lagu ini. Jika ia tidak hebat, tidak mungkin syarikat rakaman mereka sanggup menerbitkan versi kedua yang tidak kurang indahnya ini. Syabas Amylea dan Rian Shain. 

 

'Hilang Gelita' – Khai Bahar 

Sebuah lagi balada indah nyanyian Khai Bahar dipersembahkan untuk halwa telinga pencinta muzik tempatan. Iramanya yang mudah namun sedap didengar menjadikannya sebuah lagu yang dipilih untuk menjadi runut bunyi sebuah lagi siri drama di televisyen berjudul 'Kisah Cinta Rumi.' Digubah oleh Khai sendiri dan mendapat sentuhan lirik Rozisangdewi, kami yakin peminat setia Khai Bahar akan menyukainya.

 

'Ralit' – Tuju menampilkan Malik Abdullah

Semakin lama semakin meningkat naik, penyanyi rap berbakat besar dengan nada suara tersendiri, Tuju, terus mengorak langkah dengan sebuah lagu baru berjudul 'Ralit.' Kali ini Tuju berdampingan dengan seorang lagi pejuang hip hop muda bernama Malik Abdullah untuk melagukan kata-katanya. Seperti biasa, liriknya ada maksud tersirat yang boleh dihayati oleh para pendengar dan korusnya juga mudah diingati. Dihasilkan oleh Ming, Tuju dan Wolfy, 'Ralit' ada harapan menjadi lagu hip hop yang popular.

 

'Baju Raya' – Floor 88

Suasana raya selama sebulan masih belum reda biarpun kita dilanda pandemik. Untuk itu Floor 88, antara kumpulan muzik anak muda paling popular dalam dunia hiburan arus perdana Malaysia kini, sempat menghasilkan lagu raya yang berjudul ‘Baju Raya' ini. Seperti lagu-lagu mereka yang sebelum ini, 'Baju Raya' menyelitkan sedikit unsur nasihat tentang persiapan hari raya selain elemen-elemen komedi yang sering mereka suntikkan dalam kebanyakan karya mereka. Comel dan mudah diingati, lagu ini pasti disukai oleh mereka yang menghargai muzik Floor 88. 

 

'Raya Jelma' - Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat

Sebuah lagi lagu raya moden yang tidak kurang hebatnya menampilkan jejaka muda jagoan masa kini iaitu Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan juga Firdaus Rahmat. Dicipta sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat sendiri, lagu ini sebenarnya sebuah lagu raya yang mudah namun tetap menceriakan dan sedap didengar. Mampu menimbulkan suasana raya yang gembira, kami rasa ia wajar diberi peluang! - Getaran, 19 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN